AKTOR KACAK SENTAP DENGAN BAKAL MERTUA

Nak pikat anak, kenalah pikat hati orang tuanya dulu, betul tak? Tapi lain pula bagi pelakon kacak ini…
Zul Ariffin nampaknya tersilap langkah apabila ‘menegur’ bapa kekasihnya. Alamak, apa dah jadi ni Zul?
Rasanya satu Malaysia dah tahu wanita cantik Zahirah Macwilson merupakan kekasih aktor berusia 32 tahun ini. Dalam masa sama, Zahirah yang kita kenali memang seorang anak yang amat rapat dengan bapanya, Zainol Macwilson.
Perselisihan faham berlaku apabila Zul menganggap lelaki berusia 60 tahun itu sebagai seorang yang tidak matang dan gentle. Ini gara-gara kenyataan bapa Zahirah yang mahukan anak gadisnya itu fokus terhadap karier seninya dahulu.
Bukan apa, sebagai bapa sudah tentu  mahu melihat anak daranya yang masih muda itu  berjaya dalam bidang lakonan.
Maklum saja, Zahirah orangnya cantik dan berbakat. Pasti boleh melangkah jauh lagi!
Menurut laporan Harian Metro, bapa Zahirah tidak pernah melarang anaknya berkawan dengan Zul namun tetap menasihatinya agar tidak terlalu ‘tergoda’ dek percintaan sesama artis. Hurm… mendalam juga maksud tu.
Apapun buat Zul, bersabarlah dik…inilah dugaan bercinta…kalau ada jodoh pasti tak ke mana. Tapi kalau ada khabar gembira, jangan lupa layangkan kad jemputan kepada kami ya.
SGMS Fas