Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 24, 2019 @ 4:34pm

Mahu ‘Like’ yang banyak untuk foto anda, sila hadam teknik ini!

Memadam foto yang dimuat naik kerana tidak mendapat Like yang memberangsangkan daripada pengikut di laman sosial, mungkin pernah dilakukan anda sebelum ini, betul tak?

Memang sukar untuk menghadam mengapa ramai yang terkejar-kejarkan Like di laman sosial terutamanya Instagram (IG). Apakah kepentingannya dalam kehidupan seseorang?

Seperkara yang pasti, memperoleh Like yang banyak membuktikan anda seorang yang popular dan mempunyai ramai pengikut. Apabila anda diklasifikasikan sebagai berpengaruh, anda boleh menjana pendapatan melaluinya sebagaimana yang dilakukan golongan selebriti dan ‘Instafamous’ dan ‘Influencer’. Bukankah ini sesuatu yang menguntungkan?

Jadi hari ini, Hijab & Heels ingin berkongsi informasi dengan anda, iaitu taktik bagaimana foto anda bakal dihujani Like yang banyak tanpa menggunakan cara mudah iaitu membeli pengikut atau tanda suka. Malah ini sangat bermanfaat untuk hasil gambar Outfit Of The Day atau #OOTD anda!

1. Gaya

Foto: Instagram Rozita Che Wan

Muat naik foto #OOTD, merupakan posting yang paling popular dan galak dilakukan oleh pengguna IG. Bayangkan tana pagar bagi #ootd saja mencecah 267 juta dan jumlah itu tidak termasuk pecahan #OOTD yang lain seperti #ootdfashion mahupun #ootdstyle

Jadi bagaimana anda boleh mendapatkan sentuhan ‘extra’ untuk foto #OOTD anda, tentulah anda perlu bijak beraksi di hadapan lensa kamera semasa memperagakan pakaian.

Tonjolkan kemahiran bergaya ala model dan jangan takut untuk cuba sesuatu yang baharu seperti gaya kandid yang tidak keterlaluan agar hasil foto anda kelihatan sempurna di mata pengguna laman sosial.

2. Pencahayaan

Foto: Instagram Neelofa

Pencahayaan adalah sisi utama yang perlu diambil kira dalam menghasilkan visual atau paparan foto yang menarik agar perkongsian anda disukai ramai.

Tanpa pencahayaan yang baik, hasil foto berkemungkinan tidak mampu membuahkan hasil yang lumayan. Anda harus bijak mengenal pasti arah cahaya yang betul seandainya berada di tempat yang tidak ditembusi sinaran mentari.

Jangan sekali-kali membelakangkan matahari, sebaliknya mengadap ke arahnya untuk hasil foto yang meletop!

3. Helah sudut

Foto: Instagram Vivy Yusof

Yakinlah bahawa pilihan sudut yang tepat pasti akan menyentak pengikut menyukai foto anda. Tidak kisah horizontal ataupun vertikal, anda harus bijak mengambil gambar dari sudut bawah dan ke atas supaya anda tampak lebih tinggi dan kurus di dalam foto.

Perlu diingatkan, hasil yang berkualiti adalah datang daripada teknik sudut yang betul. Andai sudut tangkapan tidak kena, stail atau pakaian yang cantik akan kelihatan biasa-biasa.

4. Latar belakang

Foto: Instagram Neelofa

Latar belakang haruslah ideal dengan #OOTD yang anda gayakan. Misalnya anda menggayakan baju bercorak dan seluar berona terang, cukup sekadar memilih latar belakang yang kosong seperti dinding putih sebagai lokasi #OOTD supaya hasil gaya tersebut tampak menawan dan ada impak!

Tiada masalah pun jika anda mahu bergambar dengan latar belakang penuh warna atau bercorak, tetapi sebaiknya cari sudut yang kontra dengan pakaian anda, supaya tidak tenggelam atau kelihatan seperti camouflage di tengah-tengah warna.

5. Suntingan

Foto: Instagram Scha Alyahya

Teknik suntingan yang betul mampu membuatkan foto kelihatan sangat berkualiti umpama hasil karya jurugambar profesional. Pelbagai aplikasi suntingan tidak kira berbayar mahupun percuma boleh dimuat turun di telefon pintar, malah anda juga diberi kebebasan untuk bermain dengan filter kegemaran.

Anda haruslah berani bereksperimentasi dengan teknik penyuntingan secara efisyen semoga foto anda digilai dan terus-terusan menerima tanda suka daripada para pengikut.

Apa macam, dah tak sabar untuk mencuba kan? Menghadam lima perkara ini bukan sahaja mendorong anda menghasilkan foto yang lebih cantik, malah memberi pengetahuan baru tentang keunikan fotografi!

Paling penting, jangan terlalu galak bergambar sehingga lupa tanggungjawab anda pada tugasan harian dan agama. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Gaya Hidup Sat, 17 Nov 2018

Dari Moyang Hingga Ke Cicit Semuanya Pilot, Wow Hebatnya Keluarga Ini!

Generasi Bhasin telah bergiat dalam dunia penerbangan hampir 100 tahun.

Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Nak Tahu Anda Sihat Atau Tak, Ini 6 Warna Darah Haid Yang Anda Kena Pantau

Setiap bulan, apa yang selalu wanita akan tertunggu-tunggu? Sudah semestinya kitaran haid untuk sampai betul tak? Kalau haid tak sampai pada masa yang sepatutnya, risau juga dibuatnya. Tetapi, tahukah anda bahawa warna darah haid kita […]

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Jom rebut peluang terokai harta karun di The Lost World of Tambun

Kempen cuti sekolah ini berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Gaya Hidup Thu, 21 Jun 2018

Nak Rambut Kepuk-Kepuk Tahan Lama, Praktikkan 4 Trik Ini

Memastikan rambut yang sudah di-blow maintain kepuk-kepuk memang payah.