Categories: Gaya Hidup

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tahukah anda bahawa, otak manusia ‘betul-betul’ akan berfungsi dengan sepenuhnya pada jam 10 pagi? 

Menurut kajian yang dijalankan oleh seorang penyelidik dari Oxford University, Dr. Paul Kelley, otak manusia mula berfungsi sepenuhnya pada jam 10 pagi kerana tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan yang dikenali sebagai Circadian Rhythm.

Kajian ini telah dijalankan ke atas sebilangan pekerja yang dipaksa berkerja sebelum jam 10 pagi telah menunjukkan ramai daripada mereka mengalami masalah kemurungan dan tekanan fizikal, berbeza dengan pekerja yang mula berkerja selepas jam 10 pagi. 

Foto: WINK News

Pekerja yang bekerja selepas jam 10 pagi didapati mempunyai tahap mental dan fizikal yang lebih sihat. Walau bagaimanapun, jam biologi badan seseorang manusia itu berbeza-beza dan mungkin ada yang telah di ‘set‘ sendiri untuk bangun awal pagi dan mungkin ada yang sebaliknya.

Maksudnya, jika anda seorang yang ‘morning person‘, mungkin otak anda sudah bersedia untuk berfungsi sepenuhnya. 

Sumber: Truththeory

tex_admin