Categories: FeaturedSihat

Risiko Kekejangan Infantil Boleh Menyebabkan Cerebral Palsy Dan Down Syndrome

Demam panas melampau boleh menyebabkan kekejangan infantil kepada bayi. Sekiranya anda tidak bertindak segera atau lewat memberi bantuan pada si kecil, ia boleh mengakibatkan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak pada kanak-kanak.

Foto: BabyCenter

Apa itu kekejangan infantil?

Kejang pada bayi baru lahir adalah satu bentuk epilepsi yang terjadi pada kira-kira 1 dari 2000 orang kanak-kanak.

Biasanya, ia bermula antara dua hingga 12 bulan usia bayi dan kemuncaknya pada umur empat hingga lapan bulan.

Ia dicirikan sebagai kekejangan epilepsi, masalah perkembangan dan corak gelombang otak pada ujian elektroensefalografi (EEG) yang dipanggil hypsarrhythmia.

Ciri-ciri kejang pada bayi baru lahir

Biasanya, kejang berlangsung selama satu atau dua saat. Tapi kekajangan yang bahaya akan berlaku setiap lima hingga 10 saat.

Ketika kejang, badan bayi akan menjadi kaku tiba-tiba. Manakala, bahagian belakang akan melengkung dan kaki serta kepala membongkok ke hadapan.

Selepas kejang, bayi akan mengalami perubahan berikut:

  • Kehilangan pencapaian perkembangan yang telah dipelajari sebelum ini seperti cara duduk, berguling dan lain-lain.
  • Bayi kelihatan diam dan tidak banyak bergerak.
  • Tidak senyum dan tiada interaktif sosial terhadap sekitarnya.

Lihat video di bawah ini sebagai contoh kekejangan pada bayi:

Punca kejang pada bayi baru lahir

Pelbagai jenis kelainan otak atau kecederaan boleh menyebabkan kekejangan otot.

Menurut Healthy Children, lebih 50 penyakit genetik dikaitkan dengan kekejangan kanak-kanak dan ramai pesakit mempunyai gangguan lain seperti perkembangan terlewat contohnya cerebral palsy, down syndrome, tuberous sclerosis dan lain-lain.

Rawatan dan diagnosis untuk kejang pada bayi baru lahir

Foto: newspunch.com

Sekiranya bayi anda mengalami situasi ini, sangat penting untuk segera bawanya berjumpa pakar pediatrik dan pemulihan awal boleh dijalankan.

Bayi juga boleh dirujuk pada ahli saraf pediatrik dan mungkin si kecil anda perlu jalani ujian yang dipanggil video-electriencephalogram (EEG). Ia membantu kenalpasti corak gelombang otak semasa kejang.

Selain, bayi akan terima ubat suntikan selama enam minggu bertujuan bagi menghentikan kekejangan dan meningkatkan EEG yang tidak normal.

Apa yang penting, buat rawatan seawal mungkin bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Sumber artikel: The Asian Parent

Sumber video: Youtube

Yanie Baharom