Categories: Gaya Hidup

Aktres Dan Pengacara Cantik Mira Filzah Kongsi Cara Penjagaan Rambut

Mira Filzah merupakan antara artis hijabista yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Malah, pemakaian tudung pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini juga turut menjadi ikutan gadis-gadis di luar sana.

Menurut gadis berusia 25 tahun ini, penjagaan rambut amat penting lebih-lebih lagi jika seseorang itu memakai tudung. Pelakon ini mengakui bersyukur kerana dia tidak mempunyai masalah rambut dan berkongsi rambutnya nipis dan senang dijaga.

Sempena World Hijab Day yang disambut pada tanggal 1 Februari, Hijab & Heels kongsikan bagaimana cara artis kesayangan anda ini menjaga rambutnya.

1. Jangan sesekali memakai tudung jika rambut basah. Ia akan menyebabkan kulit kepala berminyak, masalah kelemumur dan rambut berbau. Pastikan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai tudung.

2. Sebagai artis, Mira terlalu sibuk dengan jadual seninya. Pemilik koleksi tudung jenama MF Shawls ini mengakui menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya dengan cepat. Namun, dia mengakui penggunaan pengering rambut terlalu kerap tidak bagus kerana akan menyebabkan rambut seseorang itu kering.

3. Kebiasaannya, pengacara Nona ini akan mengambil masa yang agak lama untuk bersolek sebelum pergi bekerja. Jadi, sebagai solusi, Mira akan mencuci rambutnya pada sebelah malam supaya dia tidak perlu kelam kabut untuk bersiap pada keesokannya.

4. Jangan ikat rambut terlalu ketat. Menurut pelakon drama Ops Cinta Din Sardin ini, kalau ikat rambut terlalu ketat dan memakai tudung sepanjang hari, ia boleh menyebabkan rambut banyak gugur.

5. Mira juga akan memakai tudung yang bersesuaian pada tempat, masa, majlis dan aktiviti yang dilakukan. Contohnya jika berada di tempat panas, Mira akan memakai jenis tudung yang serap peluh.

6. Sebulan atau dua bulan sekali Mira akan pergi ke salun rambut untuk membuat rawatan rambut.

Ad Ops