Categories: Gaya Hidup

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Minyak pati bukan saja mampu bertindak sebagai terapi aroma yang dapat menenangkan minda yang berupaya memperbaiki kualiti tidur kamu, malah juga boleh mengurangkan jerawat serta menggalakkan pertumbuhan rambut.

Pada anda yang sudah terbiasa dengan pengambilan ubat-ubatan hospital sehingga menyebabkan sifat kebergantungan terhadapnya, apa kata anda berubah kepada sesuatu bahan alami yang pastinya tidak memberikan sebarang kesan sampingan.

Ketahui lima minyak pati yang sangat bermanfaat untuk anda, teruskan membaca artikel ini.

Tidur lebih lena: Gabungan minyak lavender dan marjoram dipercayai mampu menyelesaikan masalah insomnia sekaligus meningkatkan kualiti tidur. Dengan menghidu pati ini mahupun semburkan campuran minyak ke atas bantal untuk impak merelakskan yang mampu menenangkan minda.

Foto: Remedies For Me

Relaxation: Sebatian minyak kamomil dan lavender dikatakan berupaya meredakan kemarahan dan gemuruh. Selain berkesan merawat keradangan yang berkumpul di bahagian sistem pencernaan dan penghadaman. Benefit lain, ia bisa membantu menurunkan tekanan darah dan mengekang bengkak yang berlaku pada saluran darah.

Foto: Daily Soleil

Clear skin: Campuran minyak eucalyptus, lavender, geranium, kamomil, melur, ros dan patchoulli adalah antara gabungan terbaik untuk merawat masalah kulit. Daripada menegangkan kepada menyingkir kemerahan dan mengurangkan jerawat, ia adalah kunci kepada kulit yang sihat.

Foto: thehealthsite.com

Menghalang jerawat: Kombinasi tea tree, rosemary, kamomil dan eucalyptus sangat berkesan dalam merawat masalah jerawat yang teruk. Pati tea tree boleh digunakan untuk menyurutkan jerawat dan
bila ianya diadun bersama minyak lavender akan memberikan hasil kulit licin dan efek menenangkan.

Foto: LEAF tv

Anti-penuaan : Patchouli, geranium, ros, kulit kayu manis dan cengkih, jika digabungkan bersama boleh mengatasi masalah rambut gugur dan tisu otot yang lemah. Kepedaran yang terdapat dalam minyak patchouli membantu menghalang kulit kendur dan garis halus, juga meningkat peredaran darah.

Foto: Shakara Natural Tips

Sumber : Cosmopolitan 

Yanie Baharom