Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Sempena kedatangan Ramadhan tahun ini, pelakon Izreen Azminda berhasrat membuang segala isu negatif yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

Pelakon kelahiran Perlis ini memberitahu dia bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Ude Wahid atau Muhammad Radzi Abdul Wahid kini melalui fasa bahagia.

“ Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya.

“ Mereka tidak berada di tempat saya dan mungkin tidak tahu hal sebenar.

“Berilah peluang saya jalani hidup normal dan bagi saya, bila kita maaf orang dalam keadaan sukar itu kebahagiaan yang abadi,” katanya di Majlis Pelancaran Produk Magika Argan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

SGMS Faida