Categories: familuv

Abadikan Memori Bersama Anak Kecil Anda Dengan Projek DIY Ini, Guna 3 Bahan Saja!

Para ibu mesti pernah lalui sebuah situasi di mana mereka rasa macam cepat saja masa berlalu. Tengok-tengok anak kecil mereka dah membesar dengan cepat.

Tiada siapa boleh hentikan masa, tapi anda boleh semadikan memori indah ketika anak anda masih kecil dengan mencuba buat projek DIY tanah liat seperti di dalam video ini.

Comel kan? Bila anak anda dah besar panjang nanti, bolehlah anda imbau kembali kenangan-kenangan manis ketika dia masih kecil.

Anda perlukan:

1 cawan tepung jagung

2 cawan soda bikarbonat

½ cawan air

Cara-caranya: 

1. Gaulkan sampai sebati sebelum menuangkannya ke dalam kuali leper kecil. Pasangkan api perlahan dan kacau sikit-sikit sehingga ia mengeras macam tanah liat.

2. Alihkan dari atas api dan uli-uli dengan tangan sampai permukaannya nampak licin. Kemudian dengan menggunakan rolling pin, ulikannya sehingga ia menjadi leper.

3. Ambil sebuah mangkuk kecil dan tekapkan ke atas adunan tadi supaya anda mendapat kepingan berbentuk bulat. Pastikan ia tak tebal sangat, takut ia senang merekah. Kemudian kemaskan di bahagian sekelilingnya.

4. Angkat anak kecil anda dan letakkan tapak kakinya ke atas kepingan adunan tadi hingga dia meninggalkan kesan.

5. Kemudian anda bolehlah menghiasi kepingan itu, sama ada dengan mengecatnya ataupun mengukir corak di atas permukaannya.

6. Biarkan ia kering untuk beberapa hari sebelum anda menggantungnya di dinding.

Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops