Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Rajuk, selisih faham dan terasa hati dalam rumah tangga itu adalah lumrah biasa. Wanitalah yang biasanya sering makan hati.
Masakan tidak, sudahlah penat bekerja untuk membantu suami mencari rezeki, pulang ke rumah pula ada tanggungjawab lain sudah menanti, iaitu tugasan suri rumah dan ibu.
Jadinya bila suami tahu memerintah saja atau melafazkan sesuatu topik yang sensitif sama ada secara sengaja atau tidak, hati tisu wanita itu mudah terluka.
Bagaimana untuk meredakan keadaan ini sekiranya isteri mahupun teman wanita anda merajuk? Usar gusar, follow saja tip dibawah, cairlah hati si dia!
Pertamanya, salah satu cara pujuk perempuan melalui SMS yang paling berjaya adalah dengan membuat luahan perasaan.
Kemudian, minta si dia meluahkan apa yang terbuku di hati yang membuatnya merajuk.
Biarlah dia meluahkan perasaan tak puas hatinya itu dalam kiriman mesejnya. Yang pasti anda harus teliti satu-satu.
Kemudian, selesai saja meluahkan isi hati itu, minta dia bertenang dan anda boleh mula membalas mesejnya dengan penjelasan yang lebih jelas tentang perkara sebenar.
Penghargaan yang macam mana nak buat, ya? Antaranya memberi kata-kata pujian, ucapan terima kasih, mengembalikan memori saat pertama kali berkenalan atau minta dia mesej barang yang disukai seperti pakaian, makanan atau apa sahaja yang diingini.
Tambah-tambah pula, pasangan anda itu seorang yang sangat menghargai anda. Tentunya anda harus menjaga hatinya dengan lebih baik.
Tak kira siapa pun yang bersalah, cara terbaik untuk menjernihkan suasana adalah dengan meminta maaf.
Perlu tahu dalam memujuk perempuan, lelaki harus membuang ego dan tak malu untuk memohon maaf, sekaligus mengakui kesilapan yang telah dilakukan.
Jadikan amalan untuk meminta maaf sebagai ruang untuk anda membuat penambaikan dalam diri dan hubungan.
Short Messaging Services (SMS) boleh menjadi alat yang mudah untuk menyampaikan rasa sayang dan cinta terhadap seseorang.
Malah, dengan SMS juga, ia lebih mudah untuk meluahkan perasaan dengan hanya menekan keypad telefon bimbit pesanan boleh dihantar dengan segera.
Faktanya, sebahagian besar wanita gembira bila dipujuk dengan cara ini. Bahkan, memujuk bukan dengan hanya menghantar hadiah yang mahal tetapi cukup dengan hantar SMS.
Antara pesanan dan pujukan lucu yang boleh membantu anda memujuk si dia yang sedang merajuk:
Selamat mencuba!
Sumber: The Asian Parent
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺