‘Filem Belum Ada Tajuk Bukan Gimik’ – Mawi

Selain bergelar penyanyi, penyampai radio dan usahawan menerusi syarikat produksi Mawi World Entertainment, Mawi kini bergelar pengarah filem buat kali pertama.

Baru-baru ini, filem arahan Mawi hangat diperkatakan di media sosial apabila filem itu masih belum mendapat tajuk sehingga sekarang biarpun sudah lama siap.

Dalam masa sama, Mawi menafikan filem di bawah arahannya yang masih belum bertajuk itu bukan gimik.

“ Saya sendiri terkejut hal ini terus diperkatakan di lana sosial. Jujur saya kata, saya belum ada idea nak bagi tajuk untuk file mini.

” Ini bukan gimik atau satu bentuk strategi yang sengaja saya cipta. Sejak dari awal penggambaran lagi, saya sudah nyatakan filem ini belum ada tajuk,” katanya.

Mawi yang memilih tema komedi Islamik memberitahu filem itu dijangka berada di pawagam sekitar Mac tahun depan.

Filem pertama arahan Mawi itu mengisahkan tiga sekawan dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi rock.

SGMS Faida