Categories: Gaya Hidup

Ruang tamu lebih menyerlah dengan kombinasi warna ini, tak percaya cubalah

Ruang tamu adalah antara ruang yang penting dalam sesebuah rumah kerana selain menjadi medan bersantai sekeluarga, ruang itu juga berfungsi sebagai sudut utama untuk menerima kehadiran saudara mara atau rakan taulan.

Pemilihan warna yang sesuai amat penting dalam menghias rumah idaman kerana kombinasi warna yang tepat mampu memberi impak positif kepada pemilik rumah.

Sehubungan itu, paduan warna untuk perabot, cat dinding dan aksesori hiasan lain perlu dititikberatkan kerana boleh mempengaruhi aura serta mood seseorang.

Kebiasaannya, mungkin ramai memilih warna yang lebih semula jadi seperti putih atau beige kerana ia dianggap warna selamat. Warna ini juga mampu membuatkan ruang tampak lebih moden dan kemas.

Bagaimanapun, apa kata cuba lakukan kelainan dengan mengkombinasikan pilihan warna yang pelbagai agar ruang tamu tampak lebih menarik.

Berikut adalah idea kombinasi warna yang sesuai untuk ruang tamu anda:

Kredit gambar: Facebook Ilham Media

Ad Ops