Categories: Gaya Hidup

Sah! Lelaki Lebih Suka Bergosip Daripada Wanita Bahkan Topik Umpatan Mereka Lebih Bahaya

Macam-macam istilah diberikan kepada wanita kaki mengumpat. Kiah Propa lah, Kak Bed lah, Sis Posto lah, Kak Nam lah dan terbaru Makcik Bawang!

Semua gelaran ini menggambarkan sikap kelompok wanita yang suka mengata dan menyebarkan fitnah. Pokoknya kalau bab yang satu ini, pasti banyak tangan menuding ke arah wanita.

Tapi tahukah anda, kajian menunjukkan bahawa lelaki jauh lebih kuat bergosip daripada wanita?

Ini bukan rekaan. Sebuah kajian global yang dilakukan oleh Onepoll membuktikan bahawa lelaki juga suka bergosip. Kaji selidik tersebut melibatkan 5,000 responden dari seluruh dunia.

Hasil dari kajian tersebut mendapati, lelaki menghabiskan masa selama 76 minit sehari untuk bergosip. Manakala, wanita hanya menghabiskan masa 52 minit sahaja.

Foto: theatlantic.com

Menurut laporan Telegraph.uk, apabila lelaki berborak, topik kegemaran mereka adalah berkenaan rakan baik, rakan kerja, dan teman sepejabat yang cantik. Wanita pula lebih cenderung bergosip tentang wanita lain, kehidupan seksual orang lain dan berat badan. 

Lebih mengejutkan, 31 peratus lelaki menganggap bergosip lebih memberi kepuasan daripada hubungan seks.

Kalau anda menyangkakan golongan lelaki lembut paling dahsyat bergosip, tekaan anda salah! Sebenarnya lelaki straight lebih kejam dalam situasi ini.

Ada jenis lelaki suka show off dan tak bertanggungjawab, tanpa segan-silu cerita dalam kain apa yang dilakukan dengan isteri atau girlfriend mereka. Manakala, 58 peratus lelaki menganggap aktiviti bergosip itu menjadikan mereka satu ‘geng’ dan kenal antara satu sama lain.

“Kajian tersebut membuktikan bahawa lelaki tidak seteruk wanita. Tapi sebenarnya mereka jauh lebih teruk,” kata jurucakap Onepoll.

Foto: globetrottercatania.com

Sumber: Telegraph.uk.com

Yanie Baharom