Categories: Oh Lawa

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Salah satu trick yang boleh membuatkan muka kita nampak kurus, ialah dengan menggunakan teknik makeup contouring. Walau bagaimanapun, teknik ini lebih efektif apabila digabungkan dengan teknik highlighting.

Contouring melibatkan penggunaan produk krim atau bedak berjenis matte yang merupakan dua shade lebih gelap daripada kulit anda. Ia dipakai di bahagian muka seperti hidung, dahi, dagu dan tulang pipi.

Highlighting pula mengimbangkan warna contouring dengan menyerlahkan lagi bahagian muka tertentu. Untuk melakukan teknik ini, anda perlukan concealer atau highlighter dua tona lebih cerah daripada kulit anda.

Hati-hati tau apabila memilih highlighter. Periksa dulu tona yang sesuai dengan kulit anda.

Untuk yang berkulit putih, highlighter berwarna champagne sangat sesuai. Untuk yang sederhana putih, pilih warna yang sedikit pink. Untuk kulit sawo matang, highlighter berwarna keemasan paling sesuai. Untuk yang berkulit gelap pula, pakai highlighter berwarna tanah atau terracotta.

Supaya kedua-dua teknik ini menjadi, anda perlu tahu dulu di bahagian mana untuk apply alat makeup ini. Ini juga bergantung kepada bentuk muka anda. Jadi check dulu samada muka anda berbentuk hati, bujur, petak, bulat, diamond dan sebagainya.

Kemudian, tengok gambar rajah di bawah dan ketahui cara-cara teknik contouring dan highlighting yang betul mengikut bentuk muka anda.

Muka bujur

Muka pujur panjang

Muka bulat

Muka segi empat sama

Muka segi empat tepat

Muka diamond

Muka bentuk hati

Ikuti saja tips-tips ini. Selamat mencuba!

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops