Categories: Gaya Hidup

Seafood On Ice, Nasi Bukhara Jadi Penarik Sajian East Meet West ‘Seribu Rasa Ramadan’ Di Meet & Dine

Teringin untuk mencari kelainan berbuka puasa kali ini? Meet & Dine adalah jawapan untuk anda yang mahukan sesuatu berbeza!

Menawarkan 280 menu istimewa, sudah pastinya sajian makanan laut segar seperti udang kara, tiram, udang dan salmon yang digandingkan menjadi Seafood On Ice bakal membuka selera anda di bulan Ramadan.

Selain itu, nasi bukhara dengan kambing panggang lazat yang diadun enak dengan pelbagai rempah cukup rasa akan mengukir senyuman di bibir mereka yang menjamahnya di restoran yang terletak di Budiman Business Park Sungai Long ini.

Menjadi lokasi pilihan mereka yang mengutamakan keenakan serta hidangan terbaik, Meet & Dine sudah beroperasi sejak lima tahun lalu menawarkan variasi hidangan premium untuk berbuka puasa bertemakan East Meet West – ‘Seribu Rasa Ramadan’.

Jangan risau dengan tempat kerana restoran ini bukan sahaja juara hidangan lazat, tetapi ia tampil dengan ruangan memukau serta serba ‘cosy’, sesuai untuk dijadikan tempat OOTD usai perut kenyang selepas berbuka.

Turut menyediakan kemudahan surau dan parking percuma, Meet & Dine menjanjikan pengalaman istimewa buat pelanggan, sama ada mahu menikmati buffet di aras atas atau mahu menjamu selera secara ala carte di ruangan bawah.

Pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim mahu pelanggan pulang dengan rasa senang hati.

“Dengan harga RM138 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak serta warga emas, restoran ini turut menghidangkan nasi ayam, nasi itik claypot, masak lemak daging salai, sambal jawa, gulai kawah, udang mentega, ketupat, lemang, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh yang menggamit perasaan menanti kehadiran Syawal.

“Kepada pelanggan yang mahukan detik peribadi dalam suasana privasi, Meet & Dine mempunyai ruang bertutup yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 20 orang mengikut permintaan dan tempahan awal,” kata Jozree.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga ‘early bird’ iaitu RM99, anda boleh hubungi atau buat tempahan di 03-87339929 atau 017-3559422 sebelum 26 Mac ini.

Berbeza dengan tawaran pihak lain, di Meet & Dine pelanggan boleh memilih mana-mana tarikh disukai bagi pembelian terawal itu, malah untuk tempahan sembilan orang, percuma satu lagi pakej bufet.

Kredit foto: Instagram @ziafmihar & @meetanddine

Padin