Categories: AcaraGaya Hidup

Teknologi canggih Vivo S1 penuhi cita rasa golongan muda

Vivo Malaysia melancarkan produk baharunya, Vivo S1 yang lebih bergaya dengan pelbagai ciri menarik bersesuaian dengan cita rasa golongan muda hari ini.

Vivo S1 ialah unit pertama daripada S-Series yang menampilkan slogan ‘Serlahkan Gaya Anda’ dengan menyasarkan golongan muda yang lebih bertenaga, bergaya dan sentiasa mengikuti aliran terkini.

Mike Xu (tengah) bersama-sama Lewis Zeng dan Priscilla Abby yang dilantik Duta Vivo menunjukkan telefon baharu Vivo S1 bersempena dengan pelancaran telefon pintar itu. NSTP/NIK HARIFF HASSAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Technologies Sdn Bhd, Mike Xu, berkata sebagai jenama telefon pintar dengan teknologi yang berasaskan kehendak pengguna, Vivo sentiasa melakukan kajian bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati cita rasa pengguna.

“Kajian kami mendapati golongan muda mencari telefon pintar yang bukan saja bergaya, tetapi mempunyai teknologi yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

“Oleh itu, Vivo S1 dihasilkan dengan spesifikasi yang dicari oleh pengguna muda apabila memilih telefon pintar. Antaranya reka bentuk yang bergaya, kamera pintar, pengalaman visual lebih jelas  dan prestasi yang boleh diharapkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vivo S1, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran Vivo Technologies Sdn Bhd, Lewis Zeng dan Duta Vivo, Priscilla Abby.

Vivo s! memberikan anda pengalaman hebat ketika berswafoto dengan teknologi lebih canggih NSTP/NIK HARIFF HASSAN.

Vivo S1 menampilkan pelbagai ciri menarik termasuk skrin pengenalan sentuh, kamera swafoto 32MP Al, bateri berkuasa tinggi 4,500mAh dengan pengecasan pantas dua enjin dan kamera tiga sisi.

Lebih menarik, Vivo S1 memberikan pengalaman lebih hebat kepada pengguna untuk menonton video mahupun ketika berinteraksi dalam media sosial.

Produk baharu jenama telefon pintar ini didatangkan dua warna menarik yang sesuai dengan cita rasa pengguna muda iaitu biru (Skyline Blue) dan hitam (Diamond Black).

Telefon pintar Vivo S1 menampilkan pelbagai ciri menarik yang lebih bergaya dan elegan. NSTP/NIK HARIFF HASSAN.

Dengan kepelbagaian teknologi yang ditampilkan, Vivo S1 tetap dijual pada harga yang berpatutan iaitu hanya RM1,099.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Vivo Malaysia www.vivo.com/my dan laman Facebook https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

 

Fadzlena Jafar