Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2026 @ 10:38am

Gelar Bapa Tiri Puteri Balqis ‘Kurang Ajar’, Daler Yusuf Minta Maaf – “Saya DM Dia Tapi Tak Respons”

Pelakon Daler Yusuf tampil menjelaskan situasi sebenar susulan kenyataannya sebelum ini menegur bapa tiri kepada pelakon popular, Puteri Balqis sehingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Kata Daler atau nama lengkapnya, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 33, tujuan teguran itu dibuat hanyalah untuk mengingatkan golongan lelaki khususnya menjaga tutur kata terutamanya terhadap wanita.

Jelasnya, muat naik yang dikongsikan oleh bapa tiri Puteri Balqis itu disifatkannya sebagai terlalu kasar apatah lagi sebagai seorang Muslim adalah digalakkan untuk menjaga tutur kata.

“Pasal hal tu saya hanya tegur bapa tiri and tunang dia. Saya okay kalau dia nak pertahankan isteri dia atau teman wanita dia. Saya tak ada masalah. Tapi saya juga percaya dalam Islam kita sebagai seorang Muslim, especially lelaki… kita kena jaga mulut kita, bahasa kita bila kita deal dengan perempuan, sejahat mana pun perempuan tu.

“Sebabnya bila saya tengok dia punya Insta Story, screenshots dan sebagainya…Saya fikir apa yang dikongsikan itu sangat keterlaluan dan sangat ‘rude’.

“Saya sebagai seorang ayah, I have my daughter. So ramai orang cakap I masuk campur hal orang. Tapi kita as a person, kita kena menegurlah supaya generasi muda ni tak  ambil mudah isu ni ibarat mereka rasa benda ni biasa. So kita boleh kurang ajar dengan perempuan atau kita boleh cakap macam-macam dekat sosial media.

“So I don’t want to be this kind of things to be normal for for people, especially for young generation,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Guna Agama Nak Tunjuk Baik” – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Daler Yusuf, Pertahan Ayah Tiri

ARTIKEL BERKAITAN:“I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

ARTIKEL BERKAITAN:Simpati Nasib Puteri Balqis, Daler Yusuf Akui Pengarah & Penerbit Pernah Ajak Holiday Siap Minta Gambar Dekat…

Daler berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan dan Syawal yang diadakan di Kuala Lumpur pada, Khamis.

Mengulas lanjut mengenai kecaman yang diterimanya susulan kenyataan berhubung isu ‘panas’ itu, bapa kepada empat cahaya mata berkenaan mengakui terkejut apabila dihujani komen negatif daripada netizen.

Menurutnya, dia telah mengambil inisiatif memohon maaf secara peribadi kepada pihak Puteri Balqis menerusi pesanan mesej langsung (Direct Message), namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas daripada keluarga aktres tersebut.

“Terkejut, sebab tiba-tiba I dapat a lot of comments. I’m like okay, what is this? And then I tengok dia post pasal I… tapi I tak baca. Tapi I faham dia marah. So maybe dia salah anggap I punya komen. So dia marah, dia tulis macam-macam. I tak baca sampai habis.”

“But I just like minta maaf dekat komen. I personal message (DM) dekat dia. Tapi dia tak respons. I also deleted my threads.

“I DM dia betul-betul minta maaf kalau I bagi dia marah ke apa. And like please note that yang I betul-betul support dia on her case yang mengatakan dia mempertahankan dirinya. A

“Saya tegur macam kita sebagai lelaki tak boleh kurang ajar dengan perempuan bila kita deal dengan perempuan. I just said that. Tapi kalau I punya Threads bagi dia marah, it’s okay… I minta maaf, I delete,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Daler bakal muncul dalam telefilem komedi sempena Ramadan berjudul, Menantu Datuk Nikah Kahwin yang akan disiarkan di TVAlhijrah.

Selain Daler, antara barisan artis yang terlibat adalah, Nasir Bilal Khan, Amyza Aznan, Syad Mutalib, Usop Wilcha dan Faezah Elai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Mar 2020
Trending Tue, 2 Feb 2021

“Rasa Macam Jantung Berada Di Lantai” – Video Uyaina Arshad Hampir Terjatuh Ketika Mengacarakan WHI Tular

Aksi pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad yang hampir terjatuh ketika mengendalikann segmen tajaan di program Wanita Hari Ini TV3 meraih perhatian netizen. Berkongsi sedutan video terbabit menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, […]

Acara Mon, 24 Jun 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels-ASNB bantu lahir usahawan wanita

Latihan asas kemahiran untuk jana pendapatan

Featured Mon, 7 Apr 2025

Sebutan Semula Kes Dadah Along Cham Berlangsung 24 April Ini

Menurut peguam yang mewakili pelawak itu, Zaleha Al Hayat, sehingga kini hanya dua dokumen telah diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Trending Mon, 11 Oct 2021

Jom Menabung Dengan Simpan SSPN & Sertai Aktiviti Serta Program Menarik Sempena BMS 2021 Untuk Menangi Hadiah Hebat!

Sebagai ibu bapa, merancang untuk masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh. Haa…jangan risau! Bermula 1 Oktober […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Thu, 9 Jun 2022
error: Content is protected !!