Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 17, 2021 @ 10:25am

Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya masih menangis setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Genap 100 hari pemergian Sarah, Shuib mendedahkan emosinya juga sering terganggu.

“Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami okay, cuma kadang-kadang mereka berkata mengenai ibu mereka yang sudah tiada. Kalau saya sendiri pula, tipu kalau cakap tak rindu.

“Saya sangat rindukan dia. Perasaan itu memang berat dan masih tidak boleh move on. Saya senang mengalirkan air mata apabila terkenangkan dia,” katanya kepada Xtra.

Shuib ditemu bual usai acara aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan, 3 bulan dan majlis tahlil sempena 100 hari pemergian arwah Sarah yang diadakan di dewan kediaman mereka malam tadi.

Dalam majlis terbabit yang dihiasi oleh pelamin indah rekaan Melur Putih, Ayash telah ditahnikkan oleh pendakwah selebriti, Ustaz Tarmizi Abd Rahman.

Jelas Shuib, semuanya terjadi dengan begitu cepat dan dia masih lagi merasakan arwah berada dekat dengannya.

“Sebenarnya, kalau nak diikutkan, saya ini orangnya memang kenal dengan diri sendiri. Saya seorang yang sering bermotivasi dan sering menerima jemputan untuk beri ceramah di pelbagai tempat.

“Tapi apabila perkara sebegini terjadi, saya rasakan segalanya terjadi dengan begitu cepat dan saya masih mengambil masa untuk menerima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya, dia ada sahaja. Bila saya tengok anak-anak, saya akan terus ingat dia,” katanya.

Masih berehat dan belum menerima sebarang tawaran melibatkan bidang seni, Shuib banyak menghabiskan masa bersama keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

“Saya dah lama tak kerja dalam bidang seni. Dalam bisnes pula, saya sudah lama sangat tak ke pejabat. Kadang-kadang, saya ada turun padang ke beberapa cawangan Bubblebee tetapi masih belum masuk ke pejabat lagi,” katanya lagi.

Kredit foto: Instagram @jukimee
Pelamin: Melur Putih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Mar 2025

“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

yed Saddiq menegaskan dia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsip  dan menjual maruah diri meskipun menerima ujian sejak tahun 2020.

Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Dibandingkan Dengan Persembahan Mega Lain, Ella Pilih Kekal Tenang & Fokus… Tiket Konsert Sudah Terjual Sebanyak 90%

Tumpuan orang ramai terhadap isu perbandingan itu sebenarnya membuatkan semangat Ella bertambah untuk terus melangkah ke hadapan.

Featured Fri, 17 May 2024
Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

error: Content is protected !!