Hiburan By: SGMS Faida January 18, 2020 @ 5:36pm

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Kini bernaung di bawah Def Jam Asia Tenggara dan dijangka menjadi bintang hip hop terkenal, anak kelahiran Ipoh, penyanyi rap Abubakarxli ‘mahukan segalanya’ lewat lagu terbaru berjudul ‘NiNiNi’, selaku single pertamanya dengan label tersohor itu.

Diterbitkan oleh rakan sesyarikat SonaOne, ‘NiNiNi’ mengambil retorik sentiasa berusaha dalam budaya hip hop dan menyimpulkannya dengan cara ala Malaysia.

“What I want, Imma get,” (Apa yang aku mahu akan aku dapat) laung Abubakarxli dengan loghat jalanannya dalam Bahasa Melayu yang membezakan nyanyian rapnya dengan penyanyi lain.

“Be it later or sooner, I want everything.” (Lambat laun aku mahukan semuanya) Tetapi jangan salah faham, ia bukanlah cara pemikiran toksik ‘I got mine; you get yours’ (aku ada aku punya, kau dapat kau punya).

“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang datang,” kata Abubakarxli tentang lagunya yang memperkukuhkan pesanan kesedaran-diri dan bukan tentang kekejaman dunia di sebaliknya.

“Jangan lupa untuk meraikan apa yang telah diraih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri,” sambungnya,

“Lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi sahaja.”

Namun aspirasi tersebut ada bahayanya dan ia dipaparkan dalam video muzik ‘NiNiNi’ di bawah Denhouse Productions.

Menginterpretasikan dengan bahasa visual bertemakan drama jenayah Melayu, video muzik buatan sendiri dan pengenalan Abubakarxli kepada budaya rempit dalam hip hop, terdapat satu paras keaslian dalam cara Abu menyalurkan bunyi dan imejnya yang bersuara tempatan, satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia.

‘NiNiNi’ hanyalah sedikit pengenalan kepada apa yang bakal ditonjolkan oleh Abubakarxli melalui Def Jam Asia Tenggara. Jangkakan kehebatan irama tempatan dan hip hop jalanan yang sudahpun membuatnya menjadi pilihan unggul dan bakal bergelar bintang serantau.

Lagipun, Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahukan dan dia mahukan segalanya. Good Luck Abubakarxli!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Jangan Lupa Tuntut E-Tunai Mulai Hari Ini

KIRA-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 8 pagi hari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng […]

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Doakan A Rahman Hassan…

Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam. Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu […]