Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2023 @ 11:55am

Berkunjung Ke Al Ula Kota Dilaknat Allah, Zul Ariffin Bikin Peminat Kecewa?

“Banyak -banyak tempat, tempat ni  juga yang nak pergi”.

Demikian luahan warganet terhadap perkongsian yang dibuat pelakon popular, Zul Ariffin yang dilihat sedang bercuti di Kota Al Ula, Arab Saudi.

Menerusi perkongsian di TikTok dan Instagram miliknya, Zul kelihatan sedang menikmati percutian di kota tersebut yang terkenal sebagai kota yang dilaknat Allah.

“Habitas AlUla. Kulit udang bakar mode on,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat respons kurang senang dalam kalangan peminatnya apabila ramai yang berasa kecewa dengan tindakan aktor itu dek  kerana kawasan tersebut dilarang untuk dikunjungi terutamanya umat Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Meskipun ramai yang berasa kecewa, namun ada juga segelintir peminat yang tampil mempertahankan pelakon drama popular Perempuan Itu apabila mengatakan tidak semua kawasan di Kota Al Ula dilarang untuk dikunjungi selain Madain Saleh.

 

Sekadar info, kota Al Ula terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Salleh dan lokasi kaum Thamud.

Bahkan, ketika hayat Rasulullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di kota hantu atau kota terkutuk itu.

Namun, kerajaan Arab Saudi pada hari ini membuka kota yang dikenali sebagai Syurga di padang pasir itu sebagai kawasan pelancongan elit.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Viviana Luah Rasa Sebak, Hargai Persahabatan Dengan Cik B – “Saya Terharu Dilayan Seperti Keluarga”

Viviana turut menzahirkan penghargaan terhadap Vida yang dianggap seperti seorang ibu kepadanya.

Trending Wed, 7 Oct 2020
Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Trending Wed, 24 Jul 2024

Dirasmikan oleh CEO FINAS, Malaysia Anjur Kejohanan BEYBLADE X Sea Cup Buat Julung Kalinya

Wakil pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia turut bertanding.

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5.

error: Content is protected !!