Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 4, 2022 @ 7:10pm

Hadiahkan Gelang Tangan Emas, Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan Pengasuh Anak

Pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada pengasuh dan penjaga anak-anaknya, Asra Syafikah.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Niena bersyukur dikurniakan penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga anak-anak.

@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. 🤍 #simpansinibuatkenangan #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ Kenangan Terindah (Piano Version) – Gaius Yeong

Terdahulu, Asra yang menawarkan diri untuk menjaga dua anak pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu dengan niat untuk meringankan beban keluarganya.

“Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.

“Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.

“Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia muda, tambah masa tu tengah aktif.

“Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik beradik dia ada lapan orang.

“Bila saya dengar lapan orang adik beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.

“Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik beradik dia.

“Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya,” tulisnya.

Menurut Niena, dia terharu dengan ketulusan dan keikhlasan Asra yang sanggup mengorbankan masa mudanya demi mencari rezeki yang halal.

“Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya.

“Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.

“Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pastu ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran,” tulisnya lagi.

Untuk info, Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

获微博颁发「潜力音乐红人」蔡恩雨成唯一大马代表

马来西亚唯一代表Priscilla Abby蔡恩雨获邀出席微博于香港举办的「微博星耀盛典」,亦藉由2018年在乐坛以及网络的优异表现获颁「潜力音乐红人」,为她的音乐发展打了一剂强心针!

Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Trending Thu, 24 Jun 2021

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19. Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan […]

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]

Trending Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Tue, 2 Jul 2019
Trending Mon, 12 Mar 2018

‘Nyawa-nyawa Ikan’, Toys ‘R’ Us Siap Sedia Ditutup?

Bagaimanapun sepanjang musim cuti panjang lalu, syarikat itu masih gagal memberi keyakinan terhadap masa depan syarikat permainan tersebut…

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

error: Content is protected !!