Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 8, 2021 @ 12:05pm

“Hang Buang Tebiat Kah,Ni Pi Cucuk Bukan Berj*b*q…B**it Mak Hang La” – Che Ta Tak Sangka Diva AA Sanggup ‘Cakap Belakang’

Kalau sebelum ini selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana glamor ketika mendapatkan suntikan vaksin dos kedua beberapa hari lalu.

Mempunyai sebab tersendiri,  Che Ta menjelaskan beliau sengaja memberanikan diri ‘melaram’ dengan busana serba mewahnya kerana bimbang baju-baju cantiknya itu akan mereput jika disimpan terlalu lama dan terkurung didalam almari.

Bagaimanapun, tindakan Che Ta itu mendapat komen yang ‘kurang enak’ didengar dari selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Menerusi perkongsian Che Ta di laman instagram miliknya, beliau sama sekali tidak menyangka Diva AA sanggup ‘cakap belakang’ dengan mengeluarkan perkataan yang tidak ‘sedap’ didengar lebih-lebih lagi sebelum ini hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya tak tahu sebab apa dia boleh tergamak tulis perkataan “BURIT MAK HANG “ kat saya”

“Tapi tak  sangka la kan, kadang-kadang orang yang dah lama kenal yang kita rasa kita tak ada masalah dengan dia, yang kita rasa dia baik dengan kita rupanya kita kena’baik-baik’ dengan orang macam ni. Hati orang kita tak tahu kan?..”

Tambahnya lagi, beliau dan Diva AA sebelum ini pernah berkerjasama dalam program Lagu Cinta Kita di TV3 ketika beliau dijemput menjadi tetamu undangan. Malah Diva AA juga pernah membuat panggilan video bersamanya.

“Dalam  tahun ini sahaja 3 kali kami jumpa. Borak, ambil gambar, selfie, dan ada juga dia buat video call.

“Pertama kali jumpa untuuk tahun ni adalah ketika saya jadi tetamu jemputan dalam Lagu Cinta Kita lepastu, kami ada shooting bersama dalam Pung Pang Rizalman Raya dan sebelum PKP kami shoot cooking show untuk youtube Rosixomar” jelasnya.

Tidak habis disitu, Che Ta juga sebelum ini sempat membalas kenyataan Diva AA menerusi muat naik di instagram story nya namun, muat naik tersebut telahpun dipadam.

 

 

Bagaimanapun, Che Ta dilihat mendoakan agar Allah SWT memberikan hidayah buat Diva AA.

“Semoga manusia macam ni Allah bagi dia hidayah supaya dia tidak dianggap sampah .. Allahhuakhbar” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Featured Thu, 31 May 2018
Featured Sat, 27 Feb 2021

KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020. Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah […]

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Kalau Dah Bernafsu, Berdiri Tegak Pun Nampak Ghairah…” – Beby Acha Akui Susah Nak Tutup Mulut Netizen

Tarian gelek sangat sinonim dengan penyanyi dangdut sehinggakan ada segelintir masyarakat yang menganggap ia mampu mendatangkan perasaan ghairah dalam kalangan penonton. Namun, menurut penyanyi Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md Shari, 31, perkara […]

Trending Fri, 6 Dec 2019

Prosperity Burger And Twister Fries Are Back, Back, Back!

It’s that time of the year again! P-R-O-S-P-E-R-I-T-Y!

Trending Tue, 3 Aug 2021

Bermula Ogos, Berita TV9 Kini Bersiaran Pada Jam 7 Malam

Bersiaran pada jam 7 malam, bermula Ogos!

error: Content is protected !!