Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd February 27, 2021 @ 5:43pm

KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020.
Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah pada 4.90 peratus.
Agihan dividen ialah sebanyak RM47.64 bilion, iaitu RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM4.76 bilion bagi Simpanan Shariah.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata KWSP berjaya mencatat prestasi memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun dunia berhadapan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
“Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62% untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” katanya dalam Laporan Kewangan KWSP Tahun 2020.
Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Feb 2021

Shuib & Siti Sarah Hadiahkan 2 Rumah Baru Kepada Mangsa Kebakaran

Pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah membantu untuk meringankan beban dua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan terbakar semalam. Berada di Kelantan untuk menguruskan pelancaran kedai […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Andai Ada Yang Berniat Menjatuhkan Saya, Saya Maafkan” – Nadeera Zaini

Bukan artis ditangkap khalwat, Nadeera maafkan pemfitnah

error: Content is protected !!