Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 5, 2024 @ 8:33pm

Hanya Pergi Karaoke, Khai Bahar Sangkal Dakwaan Suka ‘Berparti’! – “Sejak Mak Meninggal Saya Dah Tak Berhibur Kecuali…”

Penyanyi Khai Bahar tampil menafikan dakwaan yang menyatakan dirinya semakin liar dan suka ‘berparti’ sejak berkawan rapat dengan seorang usahawan selebriti.

Jelas Khai, dia hanya pergi berkaraoke bersama rakan-rakannya bagi menyambut ulang tahun kelahiran di dalam sebuah bilik karaoke VIP.

Malah, dia juga memaklumkan bahawa dia sudah tidak berhibur dengan rakan-rakannya kerana menghormati keadaan arwah ibunya yang sedang sakit pada ketika itu.

“Saya tak kata saya seorang yang baik, saya tak ambil kisah apa benda yang kawan nak buat..saya jumpa kawan-kawan untuk sambut hari jadi, makan-makan.

“Kemudian, saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sedang sakit iaitu pada awal 2022. Pada masa itu juga saya berhenti agresif lepak dengan kawan sebab hormat emak kurang sihat.

“Kadang-kadang bila lepak dengan kawan-kawan pergi karaoke itu ini. Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu, macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit,” katanya.

Khai Bahar ditemui ketika Media Gathering With Khai Bahar bersempena single baharunya ‘Bawa Hatiku Bersama Kamu’ yang berlangsung di Indigital Music, Damansara Perdana pada petang Rabu.

Tegasnya, dia menyangkal segala dakwaan liar yang dilemparkan kepadanya sebaliknya mengakui hanya sekadar pergi ke karaoke sebelum ibunya jatuh sakit.

“Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak dan fokus kepada mak yang sakit. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya.

“Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

“Saya tak terpalit dengan isu-isu yang dikatakan ini. Karaoke sahaja dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain.

“Perkara ini dah dua tiga tahun lepas timbul. Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong. Fikir arwah mak saya… saya rasa semua benda macam ‘stuck’.

“Dakwaan tu mungkin boleh juga dikatakan salah faham tapi bukan sabotaj. Kalau tak ada bukti jangan cakap. Saya kenal kawan saya, cukuplah jaga aib kita sendiri dan jaga diri sendiri.

“Sejak mak meninggal saya tak berhibur kecuali melibatkan hal kerja,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Nak Tuduh Kena Ada Bukti…” – Akui Hilang Sabar Kaitkan Arwah Ibu, Khai Bahar Maafkan Individu Buat Tuduhan Liar

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Sambut Tahun Baru Dengan Geng Homoseksual, Khai Bahar Luah Rasa Terkilan – “Jangan Sampai Menfitnah!”

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Mata Bengkak Menangis, Khai Bahar Tak Boleh Tidur Rindu Arwah Ibu – “Herol Janji Herol Cuba Kuat”

Artikel Berkaitan: Aksi Khai Bahar Dukung Bapa Sedang Sakit Undang Pelbagai Respons… Ada Yang Sebak, Ada Juga Yang Kagum – “Anak Soleh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 May 2021

Siti Nordiana Salurkan Emosi, Buat Kajian Dahulu Sebelum….

Penyanyi Siti Nordiana menyalurkan emosi dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, karya terbabit menjadi lagu […]

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Wed, 11 Sep 2024
Trending Wed, 14 Oct 2020
Featured Wed, 4 Jan 2023

Gigih Bantu Cari Shot Cantik, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak. Menerusi hantaran tersebut, Remy yang berpakaian […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Trending Fri, 29 Nov 2019
error: Content is protected !!