Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 11, 2023 @ 11:43am

‘Hasrat’ Amir Jahari Meruntun Jiwa Ramai

‘Hasrat’ merupakan sebuah single baharu Amir Jahari dan karya ini dijadikan lagu OST untuk filem Imaginur.

Single ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari, terbitan Lumatic Films dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Hasrat diinspirasikan daripada intipati filem tersebut: iaitu persoalan -persoalan dan idea-idea yang dikemukakan dalam penceritaannya.

Kata Amir, ini bukan kali pertama membuat lagu yang dijadikan OST namun ‘Hasrat’ berasa dekat dengan hatinya.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya membuat OST filem. Filem pertama adalah Orang Itu, sebuah filem dari Low Ngai Yuen yang keluar pada tahun 2018. Cuma untuk OST filem Imaginur – ‘Hasrat’ ini adalah sangat dekat dihati saya.

“Saya memang bercita-cita untuk membuat OST untuk filem kisah cinta. Apabila pengaruh filem Imaginur, Nik Amir Mustapha sendiri menghubungi saya untuk bekerjasama, saya memang sangat teruja dan tidak sangka, tanpa banyak fikir, saya terus setuju dan hantar demo pada beliau berdasarkan sinopsis yang diberi. Alhamdulillah beliau setuju dan proses seterusnya mudah sahaja,” katanya.

Tambahnya, jika ingin mengetahui maksud lagu ini, dia menyarankan orang ramai untuk menonton filem Imaginur kerana gambaran keseluruhan pada lagu boleh dilihat di saat kemuncak filem.

“Untuk mengetahui maksud lagu ini, filemnya harus ditonton dahulu kerana gambaran keseluruhan pada lagu ‘Hasrat’ boleh dilihat di saat kemuncak filem tersebut,” kongsi Amir.

Untuk info, filem Imaginur diterbitkan oleh Lumatic Films yang menceritakan tentang kisah cinta bergenre sci-fi ataupun fiksyen sains di bawah arahan Nik Amir Mustapha.

Imaginur dilakonkan oleh dua pelakon hebat Beto Kusyairi dan Diana Danielle sebagai watak utama. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hypnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti. Bolehkah kita dipukau untuk bercinta?

Single Hasrat (OST ImagiNur) mendapat perhatian ramai di ruangan media sosial (Tiktok , Instagram , Facebook) dan turut ‘trending’ di Twitter. Turut juga berada di tangga ke -13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify. Hasrat sudah boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Itunes, kkbox dan Deezer, muzik videonya juga sudah sedia untuk ditonton di Youtube Luncai Emas Sdn Bhd. Filem Imaginur juga kini telah sedia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara.

Oleh itu, jangan lupa saksikan filem Imaginur di pawagam dan strim lagu ‘Hasrat’ di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Contest Mon, 22 Jul 2019

xtra好康头 | 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票

xtra好康头 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票,当天势必让你嗨翻天!

Featured Mon, 30 Jun 2025

Lepas Kongsi Juadah Masakan, Kali Ni Riena Diana Tunjuk ‘Morning Text’ Bersama Keith Foo Pula

Kemesraan hubungan antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo semakin menyorot perhatian ramai.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

《郑伊健演唱会》 6月一起唱响云顶

《郑伊健演唱会》今年6月和郑伊健一起唱响云顶!

error: Content is protected !!