Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 22, 2024 @ 9:35pm

“Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak” – Kongsi Khabar Duka, Cahaya Mata Noh Salleh Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Penyanyi Noh Salleh berkongsi momen sedih kehilangan cahaya mata yang meninggal dalam kandungan isterinya, Fatin Athira tujuh bulan lalu.

Berkongsi foto dan video dalam satu hantaran di Instagram, Noh menganggap perkara ini sebagai ujian untuk ditempuh mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan. Korang tak tau kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat.

“Namun Tuhan jemput dia awal. Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata UPGRADE diri sebagai suami isteri,” tulis Noh.

Tambah vokalis kumpulan Hujan ini, biarpun perit untuk menempuh ujian, dia dan isteri tetap memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan.

“Walaupun perit nak go thru segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.

“Beruntung kami dikelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang non stop memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana, awal pagi teman pergi kuburan while kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who u are,” ujarnya lagi.

Menamakan anak mereka Julian, Noh juga mendedikasikan hantaran terbabit sempena ulang tahun perkahwinan pertama dia dan isteri.

“Oh ya, kami namakan anak kami Julian. Insya-Allah semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti.

“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri besok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab go thru macam-macam dah. True rock and roller,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Noh mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira pada 23 September 2023.

Sebelum ini, Noh mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 dan berpisah pada 2022. Mereka memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Hiburan Mon, 20 May 2024
Hiburan Sun, 8 Sep 2024

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Aya dah la cantik, package kelakar lagi tau

Featured Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Gambar Fathia Latiff Buka Tudung Jadi Bualan

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar itu dengan kapsyen “The star is still bright even in the dark”

error: Content is protected !!