Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 18, 2023 @ 2:11pm

“Macam Mana Kalau Saya Ada Anak Sendiri?” – Sedar Keperluan Diri Dalam Keluarga Shuib, Watie Akui Takut Nak Ada Zuriat Gara-Gara…

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah memberitahu masih belum merancang untuk memiliki zuriat sendiri.

Memetik laporan Sinar Plus, Watie berkata matlamatnya adalah untuk membesarkan keempat-empat cahaya mata Shuib terlebih dahulu.

Malah, cemburu adik-beradik kepada adik bongsu membuatkan dirinya takut untuk ada cahaya mata.

“Sebenarnya, saya dan Shuib buat masa sekarang belum merancang untuk memiliki zuriat sendiri.

“Namun, anak-anak selalu cakap bagilah adik baharu, namun sikap cemburu mereka dengan adik sendiri (Ayash) buat saya jadi takut.

“Itu yang membuatkan saya terfikir bagaimana suatu hari nanti andai saya punya anak sendiri?Sebab itu saya akan cakap, selagi mereka tak boleh layan adik sendiri dengan baik, maka saya tak akan beri adik baharu.

“Bayangkan kalau saya rapat atau layan Ayash lebih, yang lain akan cakap ‘Ayash tu semua boleh, kami tak boleh’,” jelasnya.

Sementara itu, tidak dinafikan dia mahu menimang cahaya mata sendiri namun bimbang jika perkara tersebut dipersoalkan.

Kerana menurutnya, dia sedar keperluan dirinya adalah untuk mencurahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak Shuib.

“Bohonglah andai kata saya tidak mahu timang anak sendiri. Namun, sejujurnya, saya takut apabila soal zuriat menjadi sebutan.

“Sejak awal memasuki keluarga Shuib, saya tahu keperluan diri saya adalah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.

“Sekarang hubungan kami sangat rapat, jadi bagaimana kelak layanan saya andai diberikan zuriat sendiri?

“Saya takut nanti akan timbul soal beza membezakan. Bagaimana perasaan mereka kelak? Adakah mereka terasa disisihkan? Demikian juga waktu mengajar mereka, saya terfikir jika anak sendiri, beginikah layanan saya kelak?,” ujarnya.

Untuk rekod, Watie dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 11 Mar 2022
Trending Thu, 5 Dec 2019

BTS Creates History By Being The First Artist To Sweep All 4 Daesang Awards At MAMA 2019!

World-conquering boy ground sweep the biggest annual K-Pop awards for second year running.

Hiburan Tue, 14 Jan 2025
Featured Tue, 9 Jan 2024
Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

Fazura berharap agar perkara tersebut tidak benar dan tidak dinormalisasikan.

error: Content is protected !!