Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin August 6, 2024 @ 3:58pm

Heboh Pereka Tempatan Pakai ‘Bomoh’ Ketika Fashion Show? Ini Penjelasan Empunya Badan

Kecoh dalam media sosial apabila tular video seorang wanita berselubung kain hitam dan berperwatakan seperti bomoh muncul dalam pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week, yang berlangsung di Menara Affin @TRX, Kuala Lumpur, 3 Ogos, baru-baru ini.

Ada yang mendakwa, pereka fesyen Nik Amri Nik Hassan yang membawa jenama Kin By Nik melakukan perbuatan khurafat itu bagi membolehkannya memenangi pertandingan fesyen tersebut.

Menyedari video itu dikongsi oleh ramai pihak, Nik Amri tampil memberi penjelasan.

“Pada awalnya saya hanya ketawa sahaja apabila ada yang mendakwa saya menggunakan khidmat ‘Mak Esah’ (bomoh) untuk menang Precious Of Malaysia.

“Tetapi apabila telefon saya tidak henti-henti terima panggilan bertanyakan hal tersebut, kononnya saya guna bomoh, saya jadi hairan dan pelik. Takkanlah ia terlalu serius.

“Atas sebab itu, saya memberanikan diri menjawab pertanyaan orang ramai bagi menjelaskan situasi yang sebenar. Bukan apa, saya tak nak orang beranggapan seolah-olah benar saya buat perkara khurafat itu. Minta dijauhi,” katanya.

Menurut Nik, salah faham itu timbul apabila ada yang tidak menonton video penuh dan keseluruhan situasi ketika itu.

“Iya, memang saya bawa wanita tersebut dalam pertandingan itu. Tetapi tugasnya untuk berlakon sahaja yang merupakan gimik persembahan saya sebelum menampilkan koleksi penuh Kin By Nik.

“Asap yang dibawakan wanita itu bukanlah kemenyan, sebaliknya ais kering dan diserikan taburan bunga Melur.

“Tidak ada perbuatan khurafat sebaliknya hanya gimik persembahan bagi memeriahkan lagi acara itu. Saya masih tahu dosa pahala sebagai orang Islam.

“Saya pun tak salahkan sesiapa kerana mereka tak tahu konsep sebenar dan tidak melihat keseluruhan gimik yang dibuat dalam pertandingan itu.

“Sebenarnya, dalam persembahan itu terdapat tiga individu yang tampil berselubung di pentas merupakan rakan penari daripada Antava Projects. Jika kami benar-benar bomoh, sudah pasti akan menggunakan kelebihan tersebut untuk meraih kejayaan lebih besar!

“Sebelum ini pun, Kin by Nik sentiasa tampil dengan elemen dramatik dalam setiap rekaan dan persembahan pentas.

“Untuk Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week tahun ini, sedikit elemen konseptual teaterikal umpama upacara membuka panggung dan meraikan tetamu dimulakan dengan taburan bunga klasik yang sinonim dengan adat Melayu iaitu bunga Melur.

“Bunga Melur, yang biasanya mewangi pada waktu senja pula dipilih sebagai simbol kesucian, kemurnian dan keindahan,” tambahnya.

Menurut Nik lagi, gimik yang dibuat itu mengikut konsep koleksinya yang diberi nama Sore Soirée.

“Sore Soirée menggabungkan dua konsep yang mana ‘sore’ bermaksud senja, masa antara lewat petang dan awal malam ketika matahari mulai terbenam.

“Manakala ‘soirée’ pula boleh diterjemahkan sebagai majlis malam atau pertemuan malam. Ia merujuk kepada acara atau perjumpaan yang diadakan pada waktu malam dalam suasana penuh elegan.

“Konsep ini menunjukkan transisi waktu senja menuju malam. Persembahan dimulakan dengan gerakan misteri dan suntikan elemen mistikal untuk membangkitkan mood sebelum persembahan fesyen bermula.

“Saya tegaskan sekali lagi, tiada sebarang ritual pembomohan pada acara pertunjukan fesyen kerana ia sekadar gimik persembahan untuk tampil berbeza dengan pereka fesyen lain,” ulasnya.

Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week telah mengiktiraf Kin by Nik menerusi anugerah Best Showcase tahun ini.

Jika diteliti, konsep persembahan rekaan fesyen oleh Kin by Nik kali ini mengolah konsep senja glamorama malam diibaratkan satu majlis mewah penuh gemerlapan pada waktu senja.

Sebanyak 8 rekaan dipersembahkan menggabungkan inspirasi daripada rekaan tradisional Melayu seperti baju kebaya Kota Bharu, Baju Kebaya Riau, Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga dan Kurung Kedah.

Rekaan juga dimodenkan dengan menggunakan fabrik seperti PVC, faux leather, vinyl, poliester, tulle dan faux fur.

Beberapa rekaan moden seperti sut lelaki, jaket panjang dan ball gown turut menjalinkan elemen tradisional dengan penggunaan fabrik songket.

Selain itu, tiga jenis destar lelaki, Tanjak Cogan Daun Kopi, Tanjak Gajah Melaung dan Tanjak negeri Pahang juga diangkat dalam persembahan kali ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Sat, 26 Jul 2025

Anak Zainal Abidin Trauma, Dakwa Tempuh Pengalaman Dihalau Keluar Rumah Bersama Ibu & Abang

Timur akui perkara itu membuatkan dia lebih bekerja keras untuk kehidupan lebih baik.

Featured Tue, 23 Aug 2022

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Allahuakbar! Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat akak sekeluarga.

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Featured Fri, 5 Apr 2024

Telefon Bimbit, Kad Sim Aliff Syukri Disita & Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan

Macam serius je kes ni kan? Hmmm… baiklah Datuk haritu senyap je tak payah April Fool kan orang kan tenang😪

Featured Tue, 20 Dec 2022

Viral Video Gadis Berpelukan Di Konsert, Ini Reaksi Alif Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada gadis yang tular internet kerana berpelukan bersama penyanyi Afgan ketika menghadiri sebuah konsert, baru-baru ini. @alifteegaKalau korang jumpa Alif peluk tak?🤣♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan Alif […]

error: Content is protected !!