11 Tahun Bersama Shakira, Gerard Pique ‘Kantoi’ Curang Dengan Pelayan Wanita… Ruangan Instagram Dibanjiri Kecaman Netizen

Hubungan percintaan antara pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique dan penyanyi antarabangsa terkenal, Shakira dilaporkan berada di ambang perpisahan selepas Pique ‘kantoi’ curang.

Memetik laporan media, mereka mula tinggal berasingan untuk beberapa minggu selepas Pique tertangkap main kayu tiga dan terus dihalau keluar rumah oleh penyanyi yang berasal dari Columbia itu.

Laporan lanjut melaporkan pemain antarabangsa Sepanyol itu sering balik lewat pagi kerana sibuk berlibur dan berfoya-foya ke kelab malam.

Susulan itu, tinjauan di ruangan Instagram milik Pique mendapati ramai dalam kalangan peminatnya yang meninggalkan komen berbaur hentaman serta kata-kata kesat kepada pemain bola sepak terkenal itu.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa atas tindakannya yang curang terhadap Shakira, di mana menurut mereka sudah serba serbi sempurna.

Ramai juga segelintir mereka yang berang sehingga mengugut karier Pique akan musnah akibat kontroversinya itu.

Netizen turut tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang Pique curang terhadap Shakira.

Menjawab persoalan tersebut, wartawan El Periodico. Emilio Perez de Rozas mendedahkan Pique didakwa curang dengan seorang pelayan wanita berambut perang muda dalam lingkungan 20 an.

“Wanita yang boleh meletakkan Piqué dan Shakira di ambang perpisahan adalah berambut perang muda dalam lingkungan 20-an. Dia sedang belajar dan bekerja sebagai tuan rumah acara,” katanya. 

Untuk rekod, Shakira dan Pique bercinta semenjak 2011, selepas mereka bertemu di set video muzik untuk single ‘Waka Waka’ menjelang Piala Dunia 2010.

Difahamkan pasangan ini tidak ada ikatan secara sah sebagai suami isteri, namun mereka dikurniakan dua anak bersama.

Sumber: Sports Brief, Marca, Daily Star

Aqilah Paharuzi