17 Tahun Berpisah, Datuk Dan Nenek Eina Azman Berkahwin Semula

Pelakon Datin Paduka Eina Azman mengumumkan datuk dan nenek kesayangannya akan berkahwin kembali setelah 17 tahun berpisah.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Eina di laman Instagramnya,semalam.

“ Alhamdulillah selepas 17 tahun datuk dengan nenek berpisah,kini mereka mengambil keputusan untuk berkahwin semula.

“ Walaupun keduanya kurang upaya “stroke” tapi mereka mahu saling menjaga antara satu sama lain,” tulisnya.

Dalam masa sama, Eina mengaku teruja melihat kedua-dua buah hatinya kembali bersama sebagai pasangan suami isteri.

” Nampak sangat dia teruja nak kahwin semula semoga kedua-duanya berkekalan hingga ke jannah! I love you” akhirnya.

Semoga terus berbahagia datuk & nenek kepada Datin paduka Eina Azman. Till jannah, Insya Allah…

Rosli Ab Rahman