Categories: HiburanSelebriti

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Al-Fatihah… Takziah buat ibu kepada vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, iaitu Aminah Bahari, 54, yang meninggal dunia, sebentar tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 27, berkongsi khabar sedih itu, sebentar tadi.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Innalillahi wainna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum, ibu saya, Aminah Bahari kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin.

“Ibu tenang ya di sana, Insya-Allah Akim akan kirimkan apa saja untuk ibu. Ibu rehat ya!” tulis suami kepada penyanyi Stacy itu.

Terdahulu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik semalam, Akim meminta pengikut dan peminat beliau supaya mendoakan kesihatan ibunya, tanpa menjelaskan penyakit dihidapi wanita terbabit.

SGMS Faida