Categories: Eat Travel

Resepi Puding Jagung Kastard Ini Tak Akan Kecewakan Anda. Memang Sedap!

Bagi anda yang suka makan jagung pasti akan mencuba pelbagai jenis resepi yang berasaskan jagung kan? Kali ini penulis nak kongsikan resepi puding jagung kastard yang paling sedap! Lagi-lagi nak dekat bulan puasa ini kan, mungkin anda boleh cuba buat resepi ini sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Jom kita tengok macam mana cara nak buat puding jagung kastard ini.

Bahan-bahannya:

3 cawan air

1 1/2 cawan susu cair

3/4 cawan gula

1 cawan tepung kastard

3 cubit garam

11/2 cawan jagung manis krim

Cara-caranya:

1. Masukkan air, susu cair, gula, tepung kastard dan garam ke dalam pan. Kacau sehingga rata.

2. Masukkan pula jagung manis krim dan kacau sehingga rata.

3. Letakkan pan tersebut di atas api yang perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.

4. Setelah itu, masukkan puding tersebut ke dalam mangkuk kaca yang kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2o minit dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sangat nak buat puding jagung kastard ini kan? Penulis selalu buat bila adanya kenduri dekat rumah. Keluarga dan saudara-mara memang suka makan. Jadi, jom try buat!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin