2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

Pelawak, Jiggy Masin telah sah diijab kabulkan dengan atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri jumaat lalu.

Menurut jiggy sendiri, mereka tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira ini sebaliknya memilih masa yang sesuai mengumumkan kepada umum.

Memetik artikel Gempak, Majlis akad nikah mereka dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

“Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa. Cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah,” jelas Jiggy.

Mereka hanya meluangkan masa selama dua tahun untuk berkenalan sebelum bersetuju untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga la. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.

“Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami,” ujarnya.

Turut berkongsi, mereka bakal mengadakan majlis resepsi tetapi masih lagi belum mempunyai tarikh kerana Dhabitah bakal ke China selama sebulan untuk menjalani sesi latihan.

Sumber: Gempak

Izzi Farhana