3.5 Juta Penonton ICSYVM Musim Kedua Saksi Mu’izz Zulqarnain Menjadi Juara!

Selepas bersiaran selama 14 minggu, program realiti I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang sentiasa memeriahkan suasana malam minggu anda akhirnya telah menobatkan Mu’izz Zulqarnain sebagai juara! Tahniah diucapkan kepada Mu’izz!

ICSYVMY2 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad lepas, telah berjaya meraih 3.5 juta penonton! Manakala rating terkumpul untuk kesemua episod ICSYVMY2 ini berjumlah 11.3 juta penonton. Hebat bukan?

 

Sumber : www.xtra.com.my

Mu’izz, atau lebih dikenali sebagai “Ya Tuan” dalam program realiti ini bukan sahaja sangat bertuah memenangi juara, beliau juga telah berpeluang untuk mengeluarkan single lagunya sendiri berjudul ‘Andai Nanti’ yang menjadi impian setiap peserta.

Kemenangan Mu’izz ini cukup membuktikan yang beliau amat berbakat kerana berjaya menewaskan tujuh peserta lain iaitu Amirul Ashraf, Puteri Zarith Ziana, Norafheda, Sofea Arissa, Nursyahmina Amirah, Muhammad Hakimi dan Syamsul Idzham. 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

Showcase ICSYVMY Musim Kedua kali ini turut membawa sedikit kelainan kerana penonton berpeluang untuk menyaksikan juara mingguan daripada setiap episod bertanding antara satu sama lain di hadapan empat artis jemputan iaitu Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz untuk membuktikan kehebatan masing-masing.

Berbeza dengan sebelum ini di mana para artis jemputan bertanggungjawab untuk mengenalpasti penyanyi sebenar dalam kalangan penyamar bersuara sumbang. 

 

Sumber : www.xtra.com.my

 

Showcase ICSYVMY2 dibahagikan kepada dua pusingan, di mana dua peserta perlu mempersembahkan sebuah lagu di hadapan barisan artis jemputan, tanpa menunjukkan penampilan mereka. Kemudian, keempat-empat artis jemputan perlu memilih seorang peserta yang akan mara ke pusingan seterusnya. 

Buat anda yang masih belum menontok muzik video terbaharu Mu’izz yang berjudul ‘Andai Nanti’, anda boleh menonton di YouTube TV3 dan TV9 Malaysia yang telah dilancarkan sejak semalam. Kesemua episod ICSYVMY2 juga boleh disaksikan secara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official. 

Syafiqa Irdina