3 Hari Berlalu, #AJL36 Masih Trending di Media Sosial… Cinta Marsha Milan Trending #1 YouTube, Raih 1.5 Juta Tontonan!

Biarpun sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) melabuhkan tirai, kehangatan anugerah berprestij itu terasa sehingga kini.

Malah, persembahan 12 finalis AJL 36 masih berkeliaran di ruangan media sosial terutamanya di aplikasi TikTok.

Semestinya ramai dalam kalangan kita yang masih belum move on daripada persembahan mereka.

Buktinya video siaran langsung AJL 36 di akaun YouTube TV3 Malaysia berada di kedudukan kedua di bahagian YouTube trending. Wow!

Bukan itu sahaja, video persembahan memukau penyanyi bersuara lunak, Marsha Milan menerusi lagu Cinta mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan, sekaligus menduduki tangga pertama carta video trending di YouTube! Fuhh!

Tidak dinafikan, persembahan Marsha pada malam kemuncak AJL 36 sememangnya susah untuk dilupakan dan akan sentiasa segar dalam ingatan.

Maka, wajarlah jika beliau berjaya memenangi trofi Persembahan Terbaik, serta merangkul gelaran Naib Juara AJL 36!

Tidak ketinggalan pemenang AJL 36 iaitu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah juga masih mendapat perhatian orang ramai sehingga kini.

Video persembahan mereka berjaya mendapat tontonan sebanyak 1.1 juta dalam masa dua hari sahaja!

Cayalah! XTRA cukup berbangga dengan pencapaian AJL 36 yang berjaya meledak tempat tiga tertinggi di sosial media YouTube terkenal Malaysia.

Artikel berkaitan: Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom Baca Corat-Coret AJL 36!

Aqilah Paharuzi