Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-32. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi showcase MM32. Setiap showcase mempertandingkan lima lagu dan hanya satu lagu terbaik dipilih untuk ke peringkat separuh akhir.
Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin berkata tahun ini bakal memperlihatkan persaingan daripada pengkarya seni baharu khususnya golongan muda.
“Sokongan kami terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti apabila munculnya pengkarya serba baharu yang tampil memeriahkan industri muzik khususnya golongan muda.
“Kami rasa wajar untuk terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus, khususnya pencipta lagu dan penulis lirik,” jelas beliau.
Kali ini kita bukan sahaja dapat melihat artis-artis yang memang cukup gah di pentas muzik-muzik. Malah, ramai pendatang baru dalam dunia hiburan turut memeriahkan pentas separuh akhir pada kali ini..
Rata-rata artis yang tercalon menyifatkan semi final MM32 memang sangat mencabar dan apa yang diharapkan oleh mereka adalah melakukan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka.
Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu pertama)
Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)
Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)
Muzik-Muzik 32 akan dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 10 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
Pentas SFMM32 akan turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Ajak Shiro & Syuk (Hot FM), Hafiz Suip, Siti Sarah, Ezlynn, Bunkface, Tam Spider dan 6ixth Sense
Bagi peminat yang ingin menyaksikan semi final MM32 secara langsung boleh saksikan nya pada 29 oktober, 05 November, dan 12 November ini, atau boleh saksikannya di portal rasmi kami hanya di www. tonton.com.my
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda