Hiburan By: Ad Ops January 4, 2018 @ 3:47pm

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Layan “GOASEAN” Di Tonton!

Kalau korang nak tahu, tonton telah bekerjasama dengan GOASEAN iaitu sebuah platform video berkenaan gaya hidup dan kembara untuk tahun 2018. Buat korang yang kaki travel, kaki lepak dan kaki makan, rugi la kalau korang tak layan saluran ni di portal tonton. Nah! Ini antara 5 sebab kenapa korang wajib layan “GOASEAN” hanya di tonton!

1.  Korang boleh tonton saluran GOASEAN di mana-mana saja!

Buat korang yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menonton rancangan travelog kegemaran korang, jangan risau sebab saluran GOASEAN ini boleh ditonton pada bila-bila masa dan di mana jua. Yang paling best, saluran ini akan membawa korang mengembara ke 10 buah negara Asia Tenggara yang semestinya akan membuatkan korang semua tertarik. Fuyoo!

2.  Korang peminat Daniel Woodroof? Siapa Daniel Woodroof ni? Kalau nak tahu, dia adalah pelumba kacak lagi hebat!

Inilah masanya untuk korang tonton siri Go Fast or Go Home di saluran GOASEAN. Di mana, Daniel Woodroof, pelumba kereta professional akan membawa korang semua menyertai kembaranya dalam pertandingan sukan tradisional di negara sekitar Asia Tenggara. Jangan ketinggalan!

Sumber : GOASEAN

3. Korang kaki kembara yang sukakan alam semulajadi? Apa tunggu lagi? Ikuti pengembaraan Rovilson Fernandez, Duta World Wildlife Fund dalam ekspedisi kembaranya di seluruh Filipina.

Rovilson Fernandez akan membawa korang dalam pengembaraannya di pulau-pulau sekitar Filipina dengan satu tujuan, bercuti di samping menyelamatkan alam sekitar. Bukan itu saje, korang boleh terokai pulau-pulau indah di Filipina. Tak payah korang melancong sampai Hawai!

Sumber : GOASEAN

 

4. Percutian dan tempat makan yang menarik.

Salah satu pengalaman bercuti yang paling tak best adalah, tak tahu tempat makan yang menarik. Jangan risau, Food Maps ada untuk menyelamatkan percutian korang! 

Menerusi Food Maps di saluran GOASEAN, korang boleh mengetahui tempat-tempat makan orang tempatan yang popular dan semestinya menarik. GOASEAN akan membawa korang merasai makanan tempatan yang enak dan bertaraf five star! 

5. Bayangkan korang pergi bercuti tanpa sebarang gadget, adakah korang akan sesat atau pun minta tolong dari orang tempatan? Korang berani ke?

Sertai Nadiyah Shahab mengembara ke bandar-bandar berbeza di Asia Tenggara tanpa sebarang gadget dan hanya berbekalkan mesej dalam botol, hos ini perlu menyelesaikan teka-teki dalam tempoh 24 jam untuk meneruskan perjalanannya.

Sumber : GOASEAN

Apa tunggu lagi? Cepat langgan tonton dan jadilah tonton VIP untuk korang ikuti ekspedisi pengembaraan terhebat abad ini hanya di saluran GOASEAN!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Ariana Grande – Pete Davidson SAH Putus Tunang

Mula bercinta pada Mei lalu dan bertunang sebulan selepas itu, penyanyi terkenal Ariana Grande disahkan sudah putus dengan Pete Davidson.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Cewah…Sama Cantik Sama Padan Kak Limah Atas Pelamin!

Akhirnya, pelakon yang popular menerusi watak Hantu Kak Limah naik ke pelamin bersama jejaka pilihannya, Mr K atau Khuda. Delimawati dan pasangan diraikan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sebentar tadi. Memang meriah habis!

Hiburan Sun, 11 Nov 2018

10 Filem Melayu Dengan Kutipan Terendah Sejak Ditayangkan

Mungkin bukan kerana kualiti filem itu sendiri, namun masing-masing menampilkan kelebihan tersendiri. 

Featured Tue, 11 Jul 2023
Events Thu, 24 Nov 2022

Rabbani Bakal Adakan Konsert Rai 25 Tahun Perjalanan Dalam Industri

Kumpulan nasyid Rabbani yang terkenal dengan lagu-lagu dakwah dan masih kekal relevan sehingga kini akan menemui peminatnya di Konsert 25 Tahun Rabbani bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Kelainan yang akan dibawa […]

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

#DramaTonton; MATA KETIGA Bakal Goncang Emosi Bermula Hari Ini!

Ritual ini memang dianggap kolot, berdosa namun ada yang berani-berani mencuba.