Featured By: Aqilah Paharuzi June 26, 2022 @ 1:16pm

“5 Wanita Jadi Mangsa! Ada Yang Sampai 2 Minggu Berhubung..” – Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Beri Amaran Pada Individu Tak Bertanggungjawab!

Pelakon Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf mendedahkan telah membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang telah menyamar menjadi dirinya bertujuan untuk memperdayakan wanita.

Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagaram miliknya, Aedy berkata, pelaku tersebut telah menggunakan alamat emel palsu sehingga berjaya mempengaruhi lima wanita.

Memetik laporan Harian Metro, Aedy mengakui terkejut apabila ada salah seorang daripada mangsa telah bercakap dengan individu berkenaan selama hampir dua minggu.

“Sudah lima wanita menghantar mesej peribadi kepada saya bertanyakan mengenai kesahihan emel itu.

“Modus operandinya adalah mengikuti akaun Instagram kenalan saya yang mempunyai alamat emel di profil akaun mereka, kemudian individu ini akan cuba menghantar mesej dan menyamar sebagai saya.

“Ramai yang terpedaya apabila mesej yang dihantar di iMessage itu tertera seolah-olah emel saya sehingga ada yang sudah bercakap dengan individu ini hampir dua minggu.

“Malah individu ini juga dengan beraninya mengajak mereka keluar berjumpa selain ada wanita yang sudah memberikan alamat rumah kepada penyamar ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Aedy bersyukur kelima-lima mangsa tidak menerima sebarang ugutan untuk melakukan perkara tidak senonoh bersama individu tersebut.

Aedy yang bimbang maklumat peribadinya disalahgunakan turut membuat laporan polis bagi membersihkan namanya agar tidak wujud sebarang spekulasi negatif selepas ini.

“Saya ingin tegaskan alamat emel itu bukan kepunyaan saya dan mengingatkan kepada semua untuk lebih berhati-hati. Setakat ini, kesemua wanita yang menghubungi saya memaklumkan tiada ugutan atau perkara tidak baik berlaku kepada mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Aedy Ashraf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Featured Sat, 3 Sep 2022
Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Alhamdulillah, I’m A Mother- Juliana Evans

Pelakon drama Mimpi Sabrina ini memuat naik sekeping foto dan mengucapkan syukur.

Events Thu, 6 Feb 2020
Featured Wed, 21 Jun 2023