Featured By: Nurul Hana June 21, 2023 @ 12:48pm

Ahmad Dhani Berkolaborasi Dengan Raisa Dalam Lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’

Figura seni terkenal Indonesia, Ahmad Dhani berkolaborasi dengan Raisa dalam single ‘Biar Menjadi Kenangan’.

Lirik lagu ‘Biar Menjadi Kenangan’ ditulis oleh Ahmad Dhani dan dinyanyikan oleh Reza Artamevia dalam album Keabadian 2000.

Reza Artamevia berduet bersama Masaki Ueda (Jepun) pada versi asalnya.

Lagu ini telah menjadi salah satu lagu kegemaran Raisa sejak zaman sekolah dan baru-baru ini, dia mengetahui bahawa lagu ini dicipta oleh pemuzik terkenal, Ahmad Dhani Prasteyo.

“Ia adalah lagu kegemaran saya dan ketika Mas Dhani mengajak berduet untuk konsertnya, saya sangat gembira dapat menyanyikan lagu ini,” ungkap Raisa.

Single ini telah dirakam di studio Ahmad Dhani dengan Bersena sebagai pengarah vokal. Proses penghasilan single ini dilakukan sebulan sebelum konsert.

Untuk muzik, ia dihasilkan oleh S/EEK, sebuah kumpulan pengeluar yang membantu mewujudkan kolaborasi #GeminiGenk sebagai pengeluar.

“Saya menunggu waktu yang tepat untuk merilis duet ini. Perbualannya agak panjang antara saya, Mas Dhani, dan Raisa. Kami ada group WhatsApp yang hampir bubar kerana projek ini tidak dianggap serius.

“Setelah kesibukan Raisa dengan konsert di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan Mas Dhani yang aktif berkonser dengan Dewa19 ke sana ke mari, rasa-rasanya ini adalah saatnya. Menurut saya, ini luar biasa diluar jangkaan, menyatukan Raisa dengan Ahmad Dhani secara langsung,” kata Adryanto Pratono, CEO JUNI Records.

Selain itu, pihak label Raisa, JUNI Records menganggap projek ini bagus dan berbeza dari kolaborasi yang lain. Adryanto Pratono, CEO JUNI Records, merasakan kolaborasi ini serasi walaupun melibatkan lintas generasi.

“Mas Dhani dan Raisa sama-sama meneroka. Khususnya dalam mencari jalan tengah untuk rentang vokal mereka berdua,” tutupnya.

Single Biar Menjadi Kenangan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 8 Jun 2023, lirik muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Raisa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 8 Apr 2020

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Ibu bapa perlu peka emosi anak

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

5 THINGS TO KNOW OF PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S ENGAGEMENT

Congratulations to the lovely royal couple.

Events Sun, 22 Dec 2019

大马人精通多种语言!桐瑶笑称来马开唱像考试

「小邓丽君」的桐瑶重现昔日陨落巨星的多首经典曲目,引领着大马歌迷们一起坠入时空隧道,感受邓丽君在世时的乐坛传奇。

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Thu, 27 Feb 2020
Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Fathia Dah Tak Sanggup Bawa Gelaran Selebriti?

Pelakon cantik ini mengaku terbeban membawa status selebriti, malah namanya itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri.

Featured Tue, 19 May 2020
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

经纪公司「承认了」秀智热恋大13岁李栋旭

「国民初恋」秀智和《鬼怪》李栋旭热恋ING! 9日两人爆出差13岁恋情,私下于首尔清潭洞等地约会模样也被目击,稍早,双方经纪公司皆证实此事。