Hiburan By: SGMS Faida October 18, 2018 @ 4:50pm

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Bagi generasi yang lahir selepas tahun 2000, mungkin korang tak terlalu excited tentang berita ini. Tetapi untuk korang yang lahir sebelum tahun itu, korang mesti excited gila bila dapat tahun Gol & Gincu Vol 2 akan menjengah ke pawagam kan?

Kalau di Indonesia, fenomena Ada Apa Dengan Cinta pernah ‘menyerang’ penonton, di Malaysia kita ada Gol & Gincu. Sekitar tahun 2005, ramai sungguh remaja wanita yang menjadikan watak Putri sebagai idola ketika itu. Dari fesyen harian sehinggalah ke jenis kereta yang dipantu Putri, semuanya menjadi ikutan!

Bagi peminat tegar Gol & Gincu, ayuh tunjukkan sokongan padumu untuk filem sekuel ini bermula 25 Oktober depan. Ini kerana ada beberapa hal menarik yang perlu korang tahu sebelum pergi menonton.

  • Gol & Gincu Vol 2 merupakan filem gandingan pertama pelakon Diana Danielle dan Ummi Nazeera.
  • Diana Danielle beramput pendek dalam filem ini dan ia merupakan pengalaman pertamanya.
  • Ummi Nazeera mengetahui kehamilannya semasa menjalani penggambaran Gol & Gincu Vol 2. Pada awalnya dia ke klinik untuk periksa keadaan kakinya yang terseliuh rupa-rupanya ada berita lebih menggembirakan!
  • Pengarah filem, Umi Salwana Omar tergelincir di set dan kepalanya terhantuk di lantai. Penggambaran dihentikan selama sehari namun atas semangat yang kuat, Umi kembali ke set keesokan harinya untuk mengarah. Power kan?
  • Min Luna memilih sepuluh orang pereka fesyen tempatan untuk menyumbangkan rekaan mereka bagi diperaga oleh para pelakon Gol & Gincu Vol 2. Antara pereka terlibat ialah Alia Bastamam, Tom Abang Saufy, Rico Rinaldi, Afiq M Yadotsa, Tsyahmi, Zaimi Zulkifli, Syomir Izwar Gupta, Ezzati Amira dan Nurita Harith.
  • Pelakon yang pernah memegang watak Putri dalam Gol & Gincu pertama, Fazura tidak dapat membuat penampilan dalam filem ini kerana tarikh penggambaran bertembung dengan penggambaran filemnya yang lain dan juga tarikh perkahwinannya. Walau bagaimanapun, Fazura turut hadir di tayangan perdana semalam untuk memberi sokongan. Terbaiklah Faz!
  • Semua pasukan futsal wanita di dalam filem ini adalah pasukan sebenar selain pasukan Red Heart yang menampilkan pemain futsal negara Niena Azman, Hannani dan Hanis.

Amacam, best kan? Jangan lupa ladies ke pawagam bermula 25 Oktober ini ya!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Feb 2024

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Moga keputusan yang diberikan pihak Mahkamah adalah yang terbaik buat semua pihak

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Wed, 6 Sep 2023

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Tue, 7 Dec 2021