Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2021 @ 6:30pm

“Anak-Anak Dah Mula Tanya, Kalau Rasa Tak Mampu Saya Jawab Dengan Air Mata Saja” – Shuib Akui Hilang Kata-Kata

Penyanyi, pelawak dan usahawan, Shuib, 37, sempat berkongsi mengenai perkembangan anak-anaknya ketika sesi siaran langsung di Instagram bersama rakan pengacara, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohamad Yaakub Yusra pada Khamis.

Menurut Shuib, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih bertanyakan tentang ibu mereka setiap kali sebelum mereka tidur.

Shuib juga mengakui ada kalanya beliau sendiri hanya mampu mengalirkan air mata sekiranya tidak mempunyai jawapan pada soalan yang diajukan anak-anaknya itu.

Namun, sangat bersyukur apabila anak sulungnya, Uwais Alqarni, 10, sering ada untuk menjadi penenang buat adik-adiknya.

“Macam Matin… dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.

“Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.

“Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab. Jika tidak mampu nak menjawab, hanya air mata saja jawapannya.

“Uwais dah faham… dia la menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya.” Jelasnya.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memkalumkan anak bongsunya, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang pada 6 Ogos lalu telahpun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu dan dijangka akan pulang ke rumah dalam masa dua minggu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Bongsu Allahyarham Siti Sarah & Shuib Sudah Dikeluarkan Dari… – “Berat Makin Naik Dan Mula Minum Susu Ibu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Baby Balik Rumah, Dia Nak Minum Susu Apa?” Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Elak Risiko Jangkitan Covid-19, Shuib Tangguh Hasrat Lawat Anak

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

 

Sumber : Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Trending Sat, 5 Feb 2022

Istikharah Hasil Kolaborasi Kumpulan Nasyid Mestica Dengan Datuk Hattan

Kumpulan nasyid Mestica kini muncul dengan single baharu berjudul Istikharah, kolaborasi dengan penyanyi terkenal Datuk Hattan. Selepas kali terakhir muncul dengan album Projek Palestin – Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, […]

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

“Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

Nak buat macam mana kan.. Anyways, congrats Dhabitah!

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun

error: Content is protected !!