Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 12, 2021 @ 3:32pm

“Kalau Baby Balik Rumah, Dia Nak Minum Susu Apa?” Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

Pastinya pemergian isteri tercinta kepada pelakon dan pelawak, Shuib, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin cukup memberikan kesan yang begitu mendalam buat dirinya. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak keempatnya, Ayash Affan yang masih dalam pemantauan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Menurut Shuib, perkara yang paling membimbangkan beliau adalah susu apakah yang akan diminum bayinya itu sebaik sahaja dibenarkan pulang ke rumah nanti.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana”

 

Sebelum ini, Shuib memberitahu Allahyarham Siti Sarah pernah menyuarakan hasrat mahu dirinya yang menjaga anak bongsu mereka atas alasan tidak mahu bersengkang mata memandangkan sebelum ini  ketiga-tiga anak mereka memang dijaga sepenuhnya oleh Sarah.

“Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata”

“Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri” katanya.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan bahawa beliau banyak menerima tawaran dalam kalangan rakan-rakan artis wanita termasuklah pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin yang memaklumkan bahawa kawan baik beliau mempunyai bekalan susu badan yang cukup untuk diberikan kepada bayinya itu.

Namun, Shuib mengambil keputusan untuk bertanyakan perkara berkenaan terlebih dahulu kepada Ustaz.

“Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu.”Jelasnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin pada Rabu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Dec 2023
Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Min pun terharu dengar.. Sangat tak pentingkan diri suami Ayda ni

Hiburan Mon, 11 May 2026

Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

Ozlynn mengakui kurang selesa untuk memperbesarkan perkara itu kerana mahu Azar menjalani kehidupan dengan tenang

Featured Tue, 11 Nov 2025

‘Rangga & Cinta’ Sentuh Hati Penonton, Tracie Sinidol, Jazmy Juma Terpesona ‘Chemistry’ Leya Princy & El Putra Sarira

“Ia menunjukkan persahabatan yang tulus, sentiasa ada untuk menyokong apa yang terbaik untuk Cinta” – Tracie

Featured Thu, 16 Apr 2026

Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “

Norish Karman dilaporkan masih dalam keadaan lemah dan memerlukan pemantauan rapi selepas menerima rawatan di hospital.

Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Saingan Sengit! Juri Komen Jurang Markah Marsha Adalah Sebanyak 15 Peratus Jauh Meninggalkan Nadeera 

“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun dilihat pada kualiti”- Edry

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Featured Tue, 27 Jan 2026
Trending Fri, 29 Nov 2019
error: Content is protected !!