Featured By: Marcella October 18, 2021 @ 6:22pm

8 Tahun Kahwin, Izzue Islam Pernah Stres Ditanya Soal Anak

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui pernah berasa tertekan dengan persoalan berkaitan cahaya mata setelah lebih lapan tahun berkahwin.

Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini, Izzue muncul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapatnya mengenai topik bertajuk ‘Anak Penentu Bahagia’ dengan penonton.

“Tidak dinafikan seperti yang kita tahu anak ni akan bagi kita kebahagiaan, keceriaan dalam rumah tangga tapi macam saya dah alami dan kami dah berkahwin hampir tujuh tahun tapi masih belum menimang cahaya mata.

“Pada awalnya, memang ada stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah tiga, empat tahun kahwin, kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak,” kongsinya.

Izzue tidak menafikan perasaan tertekan dan berkecil hati ketika orang bertanya tentang soal anak.

Selain itu, Izzue dan isterinya sentiasa bersikap positif dan berfikir secara rasional untuk menjawab pertanyaan sebegitu.

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres.

“Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.

Untuk makluman, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

 

Sumber: WHI

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Wanita Mengandung Tak Boleh Mandi Malam?

 Yang taknak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di […]

Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!