Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 26, 2022 @ 6:11pm

TMJ Tertanya Siapa Siti Bainun – “Saya Pun Tiada 10 Lawyer, Hebat.. Apapun Ini Baru Satu Permulaan..”

Baru-baru ini, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah bertemu dengan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi urusan perbincangan isu berkaitan remaja sindrom down, Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Malah, TMJ turut membuat satu pertemuan dengan barisan peguamnya bersama aktivis-aktivis yang menyokong dan menegakkan keadilan #JusticeForBella.

Berita tersebut dikongsikan oleh salah seorang aktivis, Aliff Ahmad di akaun Facebook miliknya.

Menurut Aliff, semasa pertemuan mereka yang berjalan dengan santai, TMJ ada meluahkan rasa kehairanan terhadap Siti Bainun yang mampu mempunyai 10 orang peguam untuk mewakili dirinya.

“Aku sangka TMJ orangnya tegas dan garang, tetapi rupanya dia seorang pendengar yang baik dan humor. Pertemuan yang kami jangka formal menjadi sangat kasual dan menenangkan,” tulisnya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, beberapa perkara ‘pelik’ turut disenaraikan memandangkan Orang Kena Tuduh (OKT) begitu kebal.

Bukan itu sahaja, TMJ turut meninggalkan komen di ruangan Instagram jabatanneitzennegara yang hairan mengapa Siti Bainun boleh mempunyai 10 peguam.

“Saya pun tiada 10 peguam. Hebat.. Apa apa pun ini baru satu permulaan.

“Bella adalah hero sebenar dan saya akan bantu Bella sebaik mungkin. Saya juga akan memastikan setiap kanak-kanak dalam negara terpelihara dan dilindungi. Kerajaan Malaysia mesti pinda Undang undang untuk melindungi kanak kanak,” tulisnya.

Hasil susulan tindakan tegas dan laju TMJ, Mahkamah telah membenarkan empat peguam pemerhati untuk turut serta dalam prosiding kes penderaan berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Tue, 6 Sep 2022

Genap 20 Hari Pemergian, Uyaina Arshad Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Peluk Abang – “Kalau Boleh Undur Masa”

Allahu sebaknya 😭Semoga Uyaina tabah hadapi ujian.. Ciptalah momen indah bersama orang tersayang sebelum ia jadi kenangan ❤️

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Kalau Nak Ikut Tekak Awak, Masak Sendiri Diam Diam” – Tyra Kamaruzzaman

Tyra berpendapat setiap individu mempunyai cara masakan yang berbeza

Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Fab Foodies! Mon, 29 Apr 2019

McDonald’s Extends Menu Hours + New Dishes in Conjunction with Ramadan

They’re making sure everyone will be well fed for sahur and buka puasa.

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

[VIDEO] Wajib Pergi! Ini Dia Kedai Makan P. Ramlee Yang Pasti Imbau Nostalgia Lama

Antik betul perhiasan kedai ni. Saksikan Malaysia Hari Ini untuk lebih lanjut.

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Thu, 9 May 2024
error: Content is protected !!