“Kami Sudah Bersedia…” – Izara Aishah Ambil Keputusan Cuti Berlakon

Setelah hampir dua tahun pelakon, Izara Aishah begitu komited dengan komitmen kerjayanya, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada kehidupan bekeluarga pula.

Izara berkata dia kini mengosongkan jadual kerjaya seninya sehingga tahun hadapan sebagai persediaan menjadi ibu pula. 

Izara dan suaminya, Muhammad Adib Khalid, seorang ahli perniagaan, berkahwin pada 17 November 2017, berkata sudah tiba masanya mereka membuat persediaan untuk menimang cahaya mata.

“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil.  Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.

“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu.  Saya bagaimanapun tidak mahu memberikan diri tekanan sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,”  katanya kepada pihak media semasa majlis pelancaran tuala wanita, Enya, kerjasamanya bersama Elaine Hong, semalam. 

Terdahulu, pelakon filem J Revolusi ini pernah mengaku di laman twitternya yang dia pernah membuat ‘filler‘ (rawatan menebalkan bibir) di bibir hanya kerana dia tidak mahu peminat-peminatnya terpedaya apabila mereka kerap memuji kemungilan bibirnya. 

Kredit Foto: Instagram izaraaishahofficial

Del14