Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan.

Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Baca: Abby Minta Doakan Baby D

Dua hari lepas, suami kepada pelakon Gerak Khas ini yang lebih mesra dipanggil Jai ini berkongsi di instagramnya tentang keadaan Baby D yang mengalami pendarahan paru-paru dan telah meminta warganet untuk sama-sama mendoakan bayi mereka.  

Syukur alhamdullillah, selepas diselubungi kerisauan,  keadaan ‘Baby D’ telah beransur pulih dan pasangan ini telah pun memilih nama untuk bayi kesayangan mereka. 

“Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah. Moga Baby Danial terus sihat dah kuat…Abah tidak pernah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur,” kongsi Jai.

Buat masa ini Abby telah pun dilepaskan dari hospital tetapi bayinya masih berada di NICU untuk pengawasan dan hanya ibu bapa bayi sahaja yang dibenarkan melawat bayi. Apabila ditanya warganet bila Danial boleh dibawa pulang, Faizal menjawab “minima 4 bulan.”

Semoga baby Danial membesar dengan sihat dan boleh pulang ke rumah untuk bersama-sama keluarga secepat mungkin.

Del14