Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 12, 2024 @ 2:16pm

“Kenapa Mama Mesej Tak Balas? Mama Rindu Adik” – Abby Abadi 

Perkongsian pelakon Abby Abadi mencuri tumpuan ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby, 47, berkongsi sebuah video yang memaparkan anak perempuanya iaitu Marissa Dania Hakim mempromosikan sebuah produk.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Abby meluahkan rasa rindu terhadap anak gadisnya itu apabila mesej yang dihantar kepada Marissa tidak berbalas.

“Adik sayang @marissadania_, Mama rindu adik.

“Buat apa tu? Adik okay tak tu? Kenapa Mama mesej tak balas? Mama nak ajak makan, nak masak sphagetti untuk Adik ni.. Bila nak balik?,” tulis Abby.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Kongsi Momen Manis Bersama Keluarga, Marissa & Aslam Turut Kelihatan – “Alhamdulillah Masih Ada Kesempatan”  

ARTIKEL BERKAITAN: “Marissa Dania Orang Yang Sangat Perahsia, Berani & Banyak Memendam” – Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Netizen Mana Yang B*ngap Ni”- Abby Abadi Didakwa Putar Belit Cerita, Ajak Individu Sebar Fitnah Bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perbetul Fakta Abby Abadi, Umisya Perjelas Hubungan Dengan Marissa Masih Renggang – “Tak Okay, Ada Sempadan Disebalik Sempadan…” 

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Aug 2025
Featured Thu, 15 Dec 2022
Trending Tue, 29 Jun 2021
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Wah…Tegar Yang Dulu Bukan Yang Sekarang!

Lagu Tetap Di Hati berkisar mengenai hubungan saya dengan gadis yang berasal dari keluarga kaya. Kami saling menyayangi, tetapi kedua-dua orang tuanya tidak bersetuju kerana saya hanya orang biasa

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Thu, 15 May 2025
error: Content is protected !!