Categories: HiburanSelebriti

Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Alhamdullillah, pelakon Abby Abadi (42) telah pun selamat menjalani pembedahan Caesarean dan melahirkan seorang bayi lelaki pramatang pada jam 10.43 pagi tadi, selepas beberapa hari di tahan di Hospital Sg. Buloh, Selangor kerana masalah tekanan darah yang tinggi dan kurang stabil. 

Baca:Doakan Abby Abadi…

“Alhamdullillah Allah permudahkan segala-galanya. 10.43 pagi…Baby Boy. My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…Blood Pressure pun dan turun. Doakan yang terbaik untuk Baby…sekarang berada dalam NICU. Mohon doa sahabat-sahabat semua untuk Abby dan Baby ya..” tulis suami Abby, Faizal Muhammad Zakaria atau Jai, dalam entri instagramnya pagi tadi. 

Bayi lelaki yang dilahirkan hanya pada usia kandungan 23 minggu kini berada di bawah pemantauan doktor dan jururawat di Unit Penjagaan Intensif Neonatal untuk bayi-bayi yang baru dilahirkan dan memerlukan perhatian khusus. 

Baca:Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Ini merupakan anak sulung bagi pasangan Abby dan Faizal yang berkahwin pada 14 Ogos 2015. Pasangan ini mengambil dua anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu. Abby pernah mengalami keguguran semasa kandungannya berusia 5 bulan pada tahun 2017. 

Terdahulu pelakon siri Gerak Khas ini mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinannya dengan aktor Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim (16), Marissa Dania Hakim (14) dan Maria Danisha Hakim (11). 

Kini ibu kepada 6 orang anak!

Del14