#ABPBH31: ESOK Hari Akhir Mengundi, Jom Undi Cepat!

Korang dah undi artis kesayangan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH) ke belum? Kalau belum, jom undi cepat kerana tarikh tutup undi adalah pada jam 11.59 malam esok

Sebanyak 13 ketogori utama dan lima kategori online dipertandingkan pada tahun ini.

Manakala tempoh undian bagi edisi terbaru acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini ditetapkan sebulan, iaitu mulai 25 Ogos hingga 25 September.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir berkata, peminat digalak memanfaatkan detik terakhir mengundi artis pilihan sebelum proses undian ditutup, tengah malam esok.

Mengenai rasional tidak mengumumkan calon Top 5 pada majlis prakemuncak ABPBH 31, Shamshul Azree berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbang faktor jumlah undi diterima penganjur.

“ Melihatkan jumlah undi yang cukup besar diterima setiap hari, kita memutuskan untuk tidak membuat sebarang pengumuman Top 5 bagi merancakkan proses undian.

“ Selain itu, faktor undian masih dibuka mendorong kita menimbang membenarkan peminat terus mengundi hingga saat akhir. 

“ Pengumuman Top 5 hanya dibuat pada malam kemuncak iaitu ketika acara gilang-gemilang ini berlangsung,” katanya.

Shamshul Azree menambah, laman www.abpbh.com.my mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) 5.3 juta dan pelayar unik (unique visitors) sebanyak 1.2 juta, sejak sebulan lalu.

Mengikut rekod, sejumlah 12,823,144 undi secara online diterima sehingga kelmarin.

SGMS Faida