Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 5, 2023 @ 4:00pm

ABPBH35: Adi Putra Kekal Unggul Bolos Top 5 Aktor Filem Popular, Anggap Filem Mat Kilau Beri Impak Besar

Aktor popular Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila tercalon dalam kelompok Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bagi kategori Aktor Filem Popular.

Menurut anak seni asal Singapura itu, dia memberi ruang sekiranya bakat baharu diangkat menggenggam trofi tersebut kerana akui dirinya semakin berusia dan populariti bukan lagi perkara yang dikejarnya.

“Saya sedar saya sudah berumur jadi jika dinobatkan, Alhamdulillah dan generasi akan silih berganti.

“Bagi saya kita harus terima hakikat yang saya sudah berusia.  Tiada apa lagi yang ingin saya kejar dalam dunia glamor.

“Apa yang saya nak sampaikan adalah mungkin peminat ada pelbagai perspektif seperti anggap saya sudah berhijrah, hijrah ada banyak kaedah seperti pakaian, permikiran dan sebagainya.

“Untuk ABPBH kali ini, kalau dinobatkan, Alhamdulillah. Kalau ada yang baharu, dipersilakan, saya memberi ruang kepada yang baharu,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Adi tidak menyangkal filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi salah satu faktor kejayaannya bertaruh dalam kategori tersebut.

“Saya tak nafikan filem Mat Kilau itu memberi impak ke atas nama saya dan bersyukur.

“Selepas daripada itu, ramai bertanyakan saya adakah terdapat sekuel kedua filem itu. Manusia takkan lari daripada kepuasan.

“Saya rasa takut apabila Allah berikan saya impak yang besar kepada kerjaya saya, saya takut nak pikul amanah di bahu saya,” ujarnya.

Selain Adi, turut bersaing bagi kategori Aktor Filem Popular termasuklah Beto Kusyairy, Fattah Amin, Zizan Razak dan Zul Ariffin.

Peminat boleh layari www.abpbh.com.my bagi meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Istimewa Adi Putra Undang Hiba, Kongsi Alami Masalah Pendengaran Sejak Usia 6 Bulan – “Ini Satu Amanah Allah’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Trending Sun, 8 Nov 2020
Hiburan Fri, 3 Jul 2026

‘Anom Suraya’ Bukan Sekadar Drama, Daiyan Trisha Galas Legasi Karya Ibu

Anom Suraya akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di TV3

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Individu Samakan Wajah Dengan B*bi, Syasya Rizal Tak Teragak Saman Kritikan Melampaui Batas

Syasya Rizal bakal ambil tindakan undang-undang terhada netizen susulan isu termakan daging babi

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

error: Content is protected !!