Hiburan By: SGMS Fas April 23, 2018 @ 3:42am

Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah!

Wah! Kereta mewah itu, Audi TT 2D  bernilai lebih kurang RM285,000 lagi.

Itulah harga kasih sayang seorang suami terhadap isteri tercinta yang selama ini menjalani kehidupan susah dan senang bersama selama 8 tahun tanpa anak.

Pemberian kereta mewah berkenaan merupakan hadiah hari jadi daripada Mohd. Nasir Hamzah atau lebih mesra disapa Achey Bocey, 32,  kepada isteri tercinta, Nor Hasanah Yahya aka Anne Bocey, 28. kelmarin.

Sudah tentu ini juga petanda kehidupan pasangan suami isteri ini semakin melimpah ruah rezekinya sejak Achey  menjuarai program musim pertama. ‘Bintang Mencari Bintang’ anjuran TV3 pada tahun 2013 lalu.

Benar kata orang, kejayaan seseorang suami didukung oleh isteri di belakang ya tak?

Bertemakan sukan dan santai, majlis meraikan hari jadi Anne berlangsung di sebuah bengkel kereta milik kawan Achey di Shah Alam dengan kehadiran beberapa kenalan  rapat antaranya Johan, Ozylnn, Sharif Zero dan Fad.

Kredit: Instagram Anne Bocey

Kehadiran Anne dengan mata tertutup disambut Achey dengan iringan ‘drone’ ke bengkel sebelum dikejutkan dengan hadiah kereta mewah. Ala! Sweet  sungguh kan?

“Patutlah Achey buat kerja senyap-senyap dalam masa sebulan ini,” itu secebis luahan Anne melalui ucapan terima kasihnya kepada suami tersayang. Baca selebihnya di bawah ini…

Sebelum ini, lagu ‘Yang Terindah’  yang memperlihatkan kebolehan Achey sebagai penyanyi waima meraih 21 juta tontonan di laman YouTube dicipta khas untuk Anne.

Terbaharu, single kedua Achey berjudul ‘Makcik Bawang’ yang telah dimuat naik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 16 April lalu telah mendapat sambutan hangat dengan 642,571 tontonan.

Syabas Achey dan Selamat Hari Jadi Anne!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Kisah Viral Sun, 12 Jun 2022
Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Tomok Belum Berani Beritahu Anak-Anak….

“Kalau betul dapat jemputan dari Istana, kami sekeluarga pasti gembira dan itu adalah rezeki anak-anak,” kata penyanyi dan komposer, Tomok selepas video ucapan dan nyanyian Hari Jadi daripada anak-anaknya, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, […]

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

’Lebih Baik Bunuh Saja Suami Saya…’- Almy Nadia Bengang Tuduhan Netizen

Fitnah memang tidak boleh dibuat main-main kerana ia boleh merosakkan reputasi seseorang sehingga mengganggu rumah tangga suami isteri. Begitulah situasi dilalui pelakon, Datin Almy Nadia yang menyelar tindakan warganet yang memfitnah suaminya, pelakon dan usahawan, […]

Events Tue, 15 Oct 2019